awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran hujan berterusan di Pahang, Johor, Kelantan dan Terengganu - MetMalaysia

Bernama
Bernama
17/01/2023
07:39 MYT
Amaran hujan berterusan di Pahang, Johor, Kelantan dan Terengganu - MetMalaysia
MetMalaysia memaklumkan hujan berterusan di Pahang (Pekan dan Rompin) dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) diramal bermula 19 hingga 21 Januari ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Pahang, Johor, Kelantan dan Terengganu.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 1.10 tengah hari, MetMalaysia memaklumkan hujan berterusan di Pahang (Pekan dan Rompin) dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) diramal bermula 19 hingga 21 Januari ini.
Selain itu, hujan berterusan juga dijangka berlaku di seluruh negeri Kelantan dan Terengganu serta Kuantan, Pahang bermula 20 hingga 22 Januari ini.
Sementara itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan berasingan meminta negeri-negeri mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan berisiko tinggi.
"Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah juga dimohon memastikan setiap pusat pemindahan sementara dilengkapi dengan keperluan asas, dan Pos Kawalan Tempat Kejadian mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi serta berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan," menurut kenyataan itu.
Menurut NADMA, pihaknya melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) akan sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MetMalaysia
#amaran hujan
#tahap waspada
#NADMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan