NATIONAL
Amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri

Negeri-negeri terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Johor. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri selama tiga hari bermula Sabtu ini.
Ringkasan AI
- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri selama tiga hari bermula Sabtu ini.
- Negeri-negeri terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Johor, dengan kawasan spesifik seperti Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan, Rompin, Mersing, dan Kota Tinggi.
- Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca, laman media sosial rasmi jabatan, atau menghubungi talian utama MetMalaysia di 1-300-22-1638.
Amaran sama turut dikeluarkan bagi seluruh Terengganu manakala di Pahang membabitkan kawasan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin serta Johor di Mersing dan Kota Tinggi.
"Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan," katanya.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian utama MetMalaysia di 1-300-22-1638.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami