MALAYSIA
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga Khamis

MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak hingga Khamis ini. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak hingga Khamis ini.
Ringkasan AI
- MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak hingga Khamis ini.
- Kawasan yang terlibat termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, dan Miri.
- Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca, laman media sosial, atau menghubungi talian hotline MetMalaysia di 1-300-22-1638.
Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mudah alih myCuaca, dan laman media sosial rasmi jabatan berkenaan.
Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 juga boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami