awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong zahir nasihat tegas kepada PTD baharu, pastikan junjung integriti dan amanah
"Mungkin sudah tiba masanya untuk mengundur diri" - Akmal Saleh
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, meningkat daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di Johor, Sabah - MetMalaysia

Bernama
Bernama
23/01/2023
14:13 MYT
Amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya  di Johor, Sabah - MetMalaysia
Antara daerah yang terbabit di Johor ialah Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di beberapa daerah di Johor dan Sabah hingga Rabu ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada 7 malam ini, daerah yang terbabit di Johor ialah Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru manakala di Sabah, daerah yang terbabit ialah Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran and Sandakan) dan Kudat (Pitas and Kudat).
MetMalaysia turut menjangkakan hujan lebat berterusan tahap buruk hingga Rabu di Johor (Segamat, Batu Pahat dan Pontian); Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah dan Bintulu (Bintulu) di Sarawak serta Pedalaman Sabah (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu) dan Kudat (Kota Marudu).
Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada bagi tempoh sama turut dikeluarkan membabitkan Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin); Johor (Tangkak dan Muar); Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Bintulu (Tatau dan Sebauh) serta Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) di Sarawak manakala di Sabah, kawasan yang terlibat ialah Sandakan (Tongod).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#amaran hujan lebat
#bahaya
#Johor
#Sabah
#MetMalaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan