Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIP) memberi amaran keras terhadap sebuah hotel dan restoran kerana mempamer perkataan halal tanpa memiliki sijil sah.

Lebih membimbangkan ramuan makanan yang digunakan didapati haram dan mempunyai bahan campuran arak.

Pengarah JAIP Datuk Mohd Yusop Husin berkata,kesalahan yang dilakukan pihak hotel dan restoran ini amat serius kerana mengelirukan umat Islam.

“Saya menasihatkanlah terutama kepada umat Islam yang nak berbuka Ramadan supaya kita tanya diri halal ataupun tidak, kalau tak ada tanda halal di restoran itu tak ada logo halal baik tak usah pergi buka puasa kat situ kerana mengelirukan. Bulan Ramadan ini kita nak beribadah makan pula takut benda yang tak halal.

Jelasnya sabit kesalahan, mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 16 Akta Perihal Dagangan 2011 yang membawa hukuman denda maksima 500,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai operasi buffet ramadan bersama pegawai penguatkuasa jaip dan kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan di sebuah hotel dan sebuah restoran pada rabu.