awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran keras: Usah sebar video pelajar dibuli - MCMC

Kenyataan Media
Kenyataan Media
20/07/2019
03:52 MYT
Amaran keras: Usah sebar video pelajar dibuli - MCMC
Orang ramai diminta untuk segera melaporkan kewujudan rakaman video itu kepada pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan rakaman video seorang pelajar dibuli oleh sekumpulan pelajar lain yang sedang tular di laman sosial yang berpotensi untuk menyemarakkan sentimen perkauman dalam kalangan masyarakat.
Sebaliknya, orang ramai diminta untuk segera melaporkan kewujudan rakaman video itu kepada pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat.
"Perkongsian kandungan yang bersifat jelik dan mengancam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.
"MCMC sedang berurusan dengan pihak penyedia platform media sosial untuk menurunkan rakaman video berkenaan daripada terus tular," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, MCMC menggesa orang ramai supaya bertanggungjawab dalam menyebarkan atau memberi komen terhadap mana-mana kandungan di laman sosial sama ada berupa video, gambar mahupun tulisan.
"Penyebaran atau sikap memberi komen ke atas kandungan yang tidah sahih bukan sahaja boleh mewujudkan kekeliruan awam tetapi juga dikhuatiri mengganggu-gugat keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang kaum," menurut kenyataan itu lagi.
Topic Berkaitan
#laman sosial
#MCMC
#media sosial
#pelajar
#pelajar dibuli
#rakyat Malaysia
#SKMM
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan