Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi amaran kepada pembekal barangan pengguna supaya tidak menyebarkan maklumat palsu mengenai pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bulan hadapan.
Menterinya Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya menyedari terdapat segelintir pembekal barangan telah mengeluarkan surat pekeliling kepada peruncit tentang kenaikan harga barang selepas pelaksanaan SST.
"Kami sedang memerhati pembekal-pembekal ini dan kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya perlu," katanya selepas merasmikan Karnival "I Love Malaysia" anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) di Pusat Membeli-belah Sunshine Square di sini pada Ahad.
Beliau berkata pihak kementerian sedang mengikuti perkembangan isu ini dan mereka yang melanggar undang-undang telah dikenal pasti untuk diambil tindakan.
"Saya jangka perkara ini berlaku selepas pertemuan pembekal dengan pihak kastam sebelum ini di mana kini mereka telah mengambil langkah awal tanpa sedari bahawa mereka telah melanggar undang-undang," katanya.
Saifuddin berkata beliau dan pegawai kementerian akan mengadakan pertemuan dengan semua pembekal barangan minggu hadapan untuk mendapatkan maklum balas mereka.
"Saya akan berjumpa dengan mereka sebelum pelaksanaan SST untuk mendapatkan maklum balas mereka agar isu ini dapat diselesai," katanya.
Beliau yang juga Anggota Parlimen Kulim Bandar Baharu berkata pihak kementerian masih menunggu senarai barangan yang akan dikenakan SST daripada pihak kastam.
Katanya, pihak kementerian telah bersiap sedia dengan beberapa langkah bagi menjalankan penguatkuasaan dengan lebih teratur selepas pelaksanaan SST.
"Senarai barangan yang akan dikenakan SST ini adalah di bawah bidang kuasa Kastam dan saya percaya mereka akan membuat pengumuman dalam jangka masa terdekat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 26 2018
Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna masih menunggu senarai barangan yang akan dikenakan SST daripada pihak kastam.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN sah miliki Sarjana Eksekutif UMPSA
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, 54, disahkan memiliki Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN tunjuk bukti kelayakan akademik
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut menunjukkan bukti berkaitan kelayakan akademiknya bagi menjawab isu berkenaan.
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Amaran KPDNHEP: Jangan sebar maklumat palsu mengenai pelaksanaan SST
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi amaran kepada pembekal barangan pengguna supaya tidak menyebarkan maklumat palsu mengenai pelaksanaan SST bulan depan.