awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
Malaysia utamakan pelaburan jangka panjang, berorientasikan nilai dalam mineral kritikal
Rumah Putih rancang sidang kemuncak pertama Lembaga Keamanan pada 19 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran pelabur Bursa Malaysia: Waspada pemanggil menyamar

Bernama
Bernama
07/06/2022
13:29 MYT
Amaran pelabur Bursa Malaysia: Waspada pemanggil menyamar
Bursa Malaysia menasihatkan orang ramai menghubungi 03-2732 0067 atau e-mel [email protected] jika menerima panggilan meragukan. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd menggesa orang ramai untuk terus berwaspada dengan penipuan menerusi telefon berikutan terdapat makluman mengenai seorang pemanggil yang mengaku dirinya sebagai ahli lembaga Bursa untuk memohon derma.
Bursa saham itu berkata ia tidak pernah mengesahkan sebarang aktiviti tidak berlesen, mahu pun mana-mana ahli lembaga pengarah atau kakitangannya meminta derma menerusi telefon atau panggilan WhatsApp, mesej teks atau saluran dalam talian yang lain.
"Bursa Malaysia menasihatkan mereka yang menerima panggilan sedemikian supaya berhati-hati dan tidak melayan tawaran untuk 'menyertai' skim atau permintaan derma seperti itu," katanya dalam satu kenyataan.
Orang ramai dinasihatkan menghubungi 03-2732 0067 atau e-mel [email protected].
Bursa saham itu menggesa orang ramai supaya tidak membalas e-mel, mesej teks atau panggilan yang mencurigakan yang meminta derma dan tidak 'klik' alamat laman sesawang atau e-mel yang menyamar sebagai institusi yang diberi kuasa itu.
Ia turut menasihatkan orang ramai untuk mengesahkan sama ada perniagaan itu dilesenkan, diluluskan atau dibenarkan oleh badan kawal selia yang berkaitan, dan tidak berkongsi butiran peribadi seperti nombor kad pengenalan, kata laluan atau nombor akaun bank.
Mereka juga harus melaporkan kepada pihak berkuasa jika mereka diganggu atau dipaksa untuk membuat transaksi, pelaburan atau menerima deposit wang, tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#amaran
#penipuan
#scam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan