Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga malam ini

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang di enam negeri Malaysia hingga 7 malam ini. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri sehingga 7 malam ini.
Ringkasan AI
- MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang di enam negeri Malaysia hingga 7 malam ini termasuk Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor, Sarawak, dan Sabah.
- Amaran cuaca buruk ini melibatkan pelbagai kawasan di setiap negeri termasuk Kulim, Bandar Baharu, Pontian, Kulai, Johor Bahru, Kuching, Serian, Samarahan, Kapit, Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, dan Kudat.
- MetMalaysia menjelaskan bahawa amaran ribut petir adalah jangka pendek dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran, dengan keperluan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam.
"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam," menurut MetMalaysia.
MetMalaysia memaklumkan bahawa amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


