Skip to main content

Malaysia

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah

71716263865_RIBUTPETIR.jpg
Advertisement
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda Perak, Selangor dan Sabah, hingga tengah hari ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan di Perak melibatkan kawasan Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak manakala Selangor melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling dan Kuala Langat.

Di Sabah pula kawasan dijangka terlibat ialah Pedalaman (Nabawan), menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA





Must Watch Video

Advertisement