Skip to main content

Malaysia

Pemandu lori terlibat kemalangan maut FRU bebas tuduhan bantu sembunyi lembu curi

TELUK INTAN, 22 Jun -- Pemandu lori, Rudi Zulkarnain Mat Radi, 46, yang menghadapi pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), dilepas dan dibebaskan tanpa perlu dipanggil untuk bela diri oleh Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menolong menyembunyikan harta curi iaitu dua ekor lembu, tahun lepas.  Majistret Naidatul Athirah ketika membacakan keputusan itu berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap
Rudi Zulkarnain di Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini. - Gambar/ Bernama
Advertisement

TELUK INTAN: Pemandu lori yang menghadapi pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membantu menyembunyikan harta curi iaitu dua ekor lembu, tahun lepas.

Majistret Naidatul Athirah Azman membuat keputusan itu terhadap Rudi Zulkarnain Mat Radi, 46, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas tertuduh pada akhir kes pendakwaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Darwis Aghniya Halim Azizi manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hafizuddin Khan Norkhan dan Nur Intan Syakieraah Zakaria.

Pada 20 Mei 2025, Rudi Zulkarnain mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membantu memindahkan hantar harta curi iaitu seekor lembu jantan warna hitam baka KK Cross dan seekor lembu jantan warna putih baka Brahman milik Rozali Ismail, 66, dari tempat asal di kebun Kampung Sungai Keli, Hutan Melintang di sini.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kampung Kebun Baru, Hutan Melintang di sini pada 6 petang, 14 April 2025.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan kes itu bermula pada 15 Okt 2025 hingga 17 Mac lepas dengan lima saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.

Sebelum ini, Rudi Zulkarnain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian sembilan anggota FRU, pada 13 Mei 2025 dan kes itu kini masih di peringkat perbicaraan.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement