KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu mesej tular sejak 2016 meminta orang ramai berhati-hati dengan sindiket 'push-pocket' ditularkan semula di media sosial baru-baru ini.
Mesej berkenaan mendakwa, pihak sindiket akan menyelitkan telefon pintar atau dompet ke dalam poket atau beg milik mangsa dan menuduh mereka sebagai pencuri lalu mengugut untuk membuat laporan polis.
Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saadudin berkata, mangsa kemudian diminta untuk membayar sejumlah wang kononnya untuk menyelesaikan kes curi berkenaan.
"PDRM mengesan mesej tular kononnya terdapat kegiatan jenayah 'push-pocket' di kawasan tumpuan ramai seperti lapangan terbang dan stesen transit aliran ringan (LRT).
"Semakan mendapati mesej berkenaan tular sejak tahun 2016, bagaimanapun tiada sebarang laporan polis diterima mengenai modus operandi sedemikian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Sehubungan itu, Noorsiah menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan sebarang mesej tular yang tidak berasas dan tidak ditentukan kesahihannya.
"Tindakan berkongsi atau menyebar berita sedemikian boleh menimbulkan kegusaran dan kebimbangan kepada masyarakat," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 04 2023
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dengan sebarang mesej tular yang tidak berasas dan tidak ditentukan kesahihannya.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Mangsa 'push pocket' dinasihat lapor polis - KPN
Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Modus operandi push-pocket ini adalah memasukkan barang tertentu seperti telefon bimbit ke dalam poket mangsa tanpa disedarinya.