KOTA BHARU: Kunjungan Ambang Ramadan Astro melalui program 'Assalamualaikum Kelantan' semalam mendapat sambutan menggalakkan dari rakyat negeri ini.
Lebih 3,000 pengunjung, khasnya dari sekitar Kota Bharu dan Kubang Kerian, berkampung di Masjid Al-Sultan Ismail Petra sepanjang hari.
Sesuai negeri nama jolokan Cik Siti Wan Kembang dan Tanah Rendah Sekebun Bunga, sebagai antara negeri yang menghidupkan bulan Ramadan dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan pengisian rohani, penganjuran program ini amat kena pada waktunya.
Menurut Pengurus Saluran Oasis, Nadirah Karim, penganjuran Ambang Ramadan Astro di Kelantan, negeri kedua di Pantai Timur, mendapat sambutan di luar jangkaan.
"Alhamdulillah sambutan yang kami dapat di majlis Ambang Ramadan Astro ini sangat menggalakkan.
"Kami bersyukur dan berbesar hati apabila seluruh warga Kelantan datang. Sasaran kami 3,000 orang, tetapi Alhamdulillah kami berjaya dapatkan lebih dari jangkaan itu," katanya.
Nadirah berkata demikian ketika ditemui pada program itu yang berlangsung di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian.
"Astro amat berbesar hati dan berterima kasih kepada semua yang mengunjungi kerana sudi meluangkan masa bersama kami di majlis Ambang Ramadan Astro Assalamualaikum Kelantan," tambahnya.
Antara aktiviti yang diadakan ialah persembahan selebriti Astro, seperti Mawi, Naqiu dan In Team, serta rakaman Tazkirah Malam Jumaat yang dihoskan Amin Idris, menampilkan tetamu ternama.
Bagi kanak kanak, pertandingan memanah, mewarna, penampilan maskot Didi & Friends dan sebagainya turut disediakan bagi menarik perhatian mereka.
Kata Nadirah, selain dapat memupuk semangat kekeluargaan, penganjuran Ambang Ramadan Astro kali ini berjaya mendekatkan hati rakyat Kelantan dengan program yang ditawarkan sempena Ramadan dan Ambang Raya.
Sebagai sebuah stesyen televisyen berbayar, antara matlamat Astro ialah untuk sentiasa menyediakan kandungan bermutu dan bersesuaian untuk seisi keluarga.
Sementara itu, bagi penyampai radio Gegar, Fazlisham Mat Hussin atau Issey, dia berpandangan program Ambang Ramadan Astro merupakan medium sesuai untuk menemui rakyat Kelantan.
"Majlis Ambang Ramadan Astro kali ini merupakan lokasi kedua. Minggu lepas di Kuala Terengganu. Sambutannya meriah dengan kehadiran orang ramai.
"Aktivitinya bermanfaat, dengan Tazkirah Malam Jumaat serta persembahan artis yang membawa mesej ketuhanan, sesuai dengan lokasi kami adakannya iaitu di masjid," katanya.
"Apabila buat program seumpama ini, ia akan memberi 'positive vibes' yang luar biasa kepada komuniti," tambahnya.
Senada dengannya, seorang lagi penyampai Gegar, Mohamad Hafizie Roslan atau Fizie yang berkata: "Ini penganjuran yang sangat baik, kerana tempatnya yang lain daripada biasa.
"Selalunya buat di stadium, atau tempat tertutup. Kali ini, di masjid. Jadi, kita boleh ajak masyarakat bersama imarahkan masjid."
Selari dengan tema Ramadan Raya Astro tahun ini iaitu 'Masa, Anugerah Terindah', Astro turut mengajak penonton dan orang ramai menikmati sajian kandungan yang disiarkan 'on screen' atau 'off screen' di mana saja berada.
Muhafandi Muhamad
Sat Mar 02 2024
Rakaman program Tazkirah Malam Jumaat menampilkan Amin Idris (tengah) bersama Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim (kiri) dan Datuk Mohd Zawawi Yusoh. - Foto Astro
MAPIM seru pertubuhan antarabangsa perkukuh perlindungan untuk wartawan
MAPIM menyeru pertubuhan antarabangsa dan kerajaan memperkuat perlindungan untuk wartawan memandangkan mereka turut menjalankan peranan penting dalam mengekalkan masyarakat demokrasi.
Cuaca panas: Orang ramai tidak perlu risau, KKM sentiasa pantau keadaan - Dr Dzulkefly
Orang ramai diminta tidak khuatir dengan cuaca panas yang melanda beberapa negeri ketika ini kerana situasi itu sentiasa dipantau rapat Kementerian Kesihatan (KKM).
Program Rakyat: Pengunjung digalak guna pengangkutan awam, elak kesesakan
Pengunjung yang ingin menghadiri Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong, dekat sini digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam yang disediakan Kementerian Pengangkutan.
Azizulhasni raih motivasi hadapi minggu mencabar di Jepun
Azizulhasni menang dua pingat emas masing-masing dalam acara pecut dan keirin pada perlumbaan Siri Trek ASEAN di Velodrom Nasional.
Tumpuan Sabtu - 04 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pengamal media rayu campur tangan antarabangsa lindungi wartawan di zon konflik
Lebih 200 wartawan maut di Gaza, Palestin sejak Oktober 2023 tetapi tidak ada tindakan diambil terhadap pelakunya.
Media perlu manfaat kebebasan bersuara, rai kemajmukan Malaysia
Pengamal media di Malaysia perlu memanfaatkan kebebasan bersuara dengan sebaiknya tanpa perlu menggugat keharmonian dan menimbulkan sebarang kekacauan di negara ini.
10 Berita Pilihan - (03 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Kes pemerasan RM1.25 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
SPAN amal toleransi sifar terhadap isu rasuah, tatakelola
SPAN memandang serius sebarang isu melibatkan tatakelola, rasuah atau salah laku yang boleh menjejaskan tahap perkhidmatan dan imej industri perkhidmatan air negara.
Ambang Ramadan Astro di Kelantan dapat sambutan menggalakkan, pengunjung luar jangkaan
Lebih 3,000 pengunjung, khasnya dari sekitar Kota Bharu dan Kubang Kerian, berkampung di Masjid Al-Sultan Ismail Petra sepanjang hari.