awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ambil teguran KPN sebagai nasihat - Ketua Polis KL

Bernama
Bernama
07/02/2024
11:32 MYT
Ambil teguran KPN sebagai nasihat - Ketua Polis KL
Teguran Razarudin semasa perjumpaan khas bersama pengurusan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KPD Semenanjung Malaysia perlu diberi perhatian. - Gambar fail
SUNGAI BULOH: Kesemua Ketua Polis Daerah (KPD) di Kuala Lumpur perlu mengambil teguran Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain yang mahu mereka memantau pegawai dan anggota bawahan yang hidup mewah, sebagai nasihat untuk meningkatkan lagi integriti pasukan.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata teguran Razarudin semasa perjumpaan khas bersama pengurusan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KPD Semenanjung Malaysia itu bermakna pasukan berkenaan bersungguh-sungguh mahu menghapuskan amalan rasuah.
"Ia merupakan satu teguran dan nasihat kepada semua termasuk diri saya sendiri bahawa we mean business (kami serius dan bersungguh-sungguh).
"Memelihara integriti dan tatakelola pasukan ini merupakan tanggungjawab semua dan bukan hanya terletak pada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau pusat respons asas kecemasan awal menerusi Rapid KL Safety Point (RSP) di sini hari ini.
Allaudeen berkata PDRM tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pegawai atau anggota yang terlibat dalam salah laku dan tindakan akan dikenakan tanpa mengira pangkat pelaku berkenaan.
Beliau juga mengalu-alukan mana-mana pihak untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai salah laku anggota bagi memastikan Polis Kuala Lumpur mempunyai integriti dan tatakelola yang tinggi.
Pada 1 Feb lepas, Razarudin dalam perjumpaan itu turut memberi amaran bahawa KPD akan dipertanggungjawabkan sekiranya pihak Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mengesan ada pegawai atau anggota bawahan mereka yang hidup mewah tidak setara dengan pendapatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ketua polis
#teguran
#Ketua Polis Negara
#Razarudin Husain
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan