Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan Aminuddin Harun hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang kelapan.
Aminuddin, 51 mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti di sini.
Turut berangkat ke Istiadat Penyerahan Watikah, Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan itu ialah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan Putera Yang Empat iaitu Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Panglima Besar Tunku Nadzaruddin Almarhum Tuanku Jaafar.
Hadir sama Undang Luak Johol Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Datuk Muhammed Abdullah bersama isteri, Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak dan Undang Luak Rembau Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman.
Lahir pada 2 Jan 1967 di Kampung Pachitan, Port Dickson, Aminuddin dan isteri Wan Hasni Wan Yusof, 48 mempunyai lima anak iaitu tiga lelaki dan dua perempuan.
Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah, Port Dickson sebelum melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi Mara (sekarang UiTM) dalam bidang perniagaan.
Aminuddin yang merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat selama tiga penggal sejak 2008 pernah bertugas sebagai pegawai penyiasat Badan Pencegah Rasuah dari 1991 hingga 1995.
Pada 1995, beliau menyertai syarikat Golden Hope Furniture Sdn Bhd sebagai ketua pengurusan pengeluaran dan kemudian di MCIS Safety Glass (M) Sdn Bhd sebagai Eksekutif Senior dari 1996 sehingga 2008 sebagai ketua bahagian jualan, jawatankuasa pengurusan, panel siasatan dalaman dan auditor ISO/TS 16949:2002.
Sebelum menyertai PKR yang sebelum ini dikenali Keadilan pada 1999, Aminuddin merupakan anggota UMNO dan pernah menjadi Setiausaha UMNO Cawangan Kampung Pachitan (1995-1998) serta Setiausaha Pemuda UMNO DUN Jimah (1997-1998).
Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR sejak 2014 itu turut aktif dalam badan bukan kerajaan antaranya Persatuan Wadah Pencerdasan Umat (Wadah) dan Angkatan Belia Islam Malaysia.
Dalam ucapannya pada istiadat itu, Aminuddin menjunjung kasih atas perkenan Tuanku Muhriz melantik beliau menerajui kerajaan negeri.
"Sempena istiadat ini, patik mohon melafazkan ikrar taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Sesungguhnya jalinan keakraban dengan institusi raja yang telah diwarisi sejak turun- temurun di bumi beradat ini akan terus dipelihara dan diperkukuh demi kegemilangan negeri yang tercinta ini," katanya.
Aminuddin juga berikrar akan menyempurnakan tugas mentadbir negeri dengan baik dan penuh keikhlasan dan kejujuran.
"Patik juga akan berusaha memastikan pengurusan yang telus dan terbuka demi kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat di negeri ini. Sudah pasti sokongan menyeluruh daripada semua pihak diperlukan bagi mencapai cita-cita ini khususnya dengan sokongan daripada seluruh barisan kepimpinan dan anggota perkhidmatan awam di negeri ini," katanya.
Selepas upacara mengangkat sumpah itu, Aminuddin dijadualkan akan menziarahi bapanya di Kampung Panchitan bagi memohon restu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 12 2018
Aminuddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang kelapan di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti hari ini. --fotoBERNAMA
[TERKINI] Saluran radio Astro kekal pilihan nombor 1 di Malaysia - Kajian RAM
Kajian Radio Audience Measurement (RAM) pertama yang dijalankan bagi tahun 2024 menunjukkan saluran-saluran Astro Radio mencapai 7O peratus pendengar di Semenanjung Malaysia.
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Kupang tercemar semulajadi, isu dipulihkan dalam masa terdekat - MB
Aminuddin berkata, kupang tersebut dicemari toksik secara semulajadi, dan bukan berpunca daripada aktiviti pihak-pihak tertentu.
Elak makan kupang, kerangan sementara waktu - Aminuddin
Kerajaan negeri akan melihat beberapa aspek sebelum tindakan lanjut diambil berdasarkan laporan daripada Jabatan Perikanan negeri termasuk jumlah penternak dan sebagainya.
16,000kg daging segar dijual pada 'Program Mantai Rayo' Negeri Sembilan
Kira-kira 16,000 kilogram daging pejal atau 160 ekor lembu disediakan untuk rakyat negeri ini sempena jualan 'Program Mantai Rayo Negeri Sembilan' menjelang sambutan Aidilfitri bulan depan.
Kawasan di Tampin, Jempol rekod tanpa hujan 13 hari berturut-turut
Beberapa kawasan di Tampin dan Jempol merekodkan ketiadaan hujan hingga 13 hari berturut-turut akibat fenomena El Nino kali ini.
27 tapak projek JENDELA di Negeri Sembilan siap dibina
Sejumlah 27 infrastruktur telekomunikasi baharu bagi fasa satu di bawah JENDELA di Negeri Sembilan telah siap dibina.
Aminuddin nafi campur tangan tamatkan kontrak Zaquan Adha
Menteri Besar Negeri Sembilan menafikan masuk campur tangan dalam keputusan menamatkan kontrak bekas kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha Abdul Radzak.
Negeri Sembilan capai sasaran, catat pelaburan RM10.1 bilion tahun lepas - Aminuddin
Berdasarkan rekod kelulusan MIDA, pelaburan pada 2023 menunjukkan lonjakan 13 peratus berbanding RM8.9 bilion pada tahun sebelumnya.
RM17 juta naik taraf Stadium Hoki Seremban 2, dua kompleks KBS
Daripada jumlah itu, RM5 juta digunakan untuk membaik pulih stadium hoki manakala RM12 juta bagi kerja-kerja menaik taraf dua kompleks KBS.
Penjawat awam penggerak, ejen sebar luas konsep Malaysia MADANI - Aminuddin
Menerusi program itu, ketua-ketua jabatan dapat berfikir secara strategik serta menghasilkan nilai karamah insaniah yang tinggi.
Golongan nelayan sentiasa dalam 'radar' kerajaan negeri - Aminuddin Harun
Kerajaan negeri akan sentiasa memberikan bantuan dan sokongan kepada pengeluar makanan termasuk nelayan dan penternak akuakultur.