Bakat besar dimiliki penyanyi ini menarik pujian ramai. Selain memiliki karakter vokal tersendiri, Amir Masdi juga punya pesona tersendiri setiap kali muncul membuat persembahan.
Selepas dua kali melangkah ke pentas ‘Anugerah Juara Lagu’ (AJL), Amir Masdi dilihat sudah berada di landasan tepat dengan muzik yang dibawa. Malah, keberadaan Amir dalam pasaran industri hiburan tanahair kian mewangi.
Tatkala lagu terbaharunya berjudul “Sengaja” mula melekat di hati peminat dan pencinta muzik, Amir dan pasukannya terus giat mengatur pelbagai strategi agar kemunculannya sentiasa dinanti peminat dengan pengeluaran karya-karya baru berkualiti dan segar.
Konsep album matahari
Disebabkan itu, Amir, 27, atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi muncul dengan album solo sulungnya berjudul AMIR MASDI. Berbekalkan kecekalan diri, buah tangan yang cukup istimewa ini hadir selepas tujuh tahun pembabitan Amir Masdi sebagai anak seni.
“Album ini berkonsepkan matahari kerana ia adalah salah satu sumber utama kita dalam kehidupan. Matahari juga ada ‘sunrise’ dan ‘sunset’, jadi album ini adalah ‘sunrise’ atau boleh dikatakan kelahiran pertama saya. Ia juga ibarat cahaya pertama yang menyinari karier saya.
“Album ini ada sejumlah 12 lagu termasuk yang sudah pernah dikeluarkan sebelum ini dan juga lagu baharu yang saya tulis bersama beberapa penulis lirik dan komposer lain sejak PKP lagi. Sebenarnya, perancangan untuk hasilkan album ini sudah lama dan ia adalah impian saya sejak dulu lagi.
“Album ini bukan sahaja satu hadiah buat peminat, tetapi ia juga satu kejayaan peribadi buat saya sebagai seorang penyanyi. Bagi saya, tidak lengkap sekiranya seseorang penyanyi itu tiada album. Album juga menjadi satu kekuatan buat seorang penyanyi kerana dia boleh persembahkan karya penuhnya dalam satu pakej kepada umum,” katanya.
Album yang memuatkan sejumlah 12 lagu itu menjadi pertaruhan berani Amir bukan saja sebagai penyanyi tapi juga sebagai seorang pelabur yang turut mengeluarkan kos sendiri selain dibantu oleh pihak Nova Music dalam proses rakaman.
Amir Masdi lawan arus, keluar album fizikal
Melawan arus, album AMIR MASDI bukan saja dilancarkan di semua platform digital tapi juga diterbitkan dalam bentuk fizikal.
“Memang ramai akan persoalkan sekiranya album dikeluarkan dalam bentuk fizikal ketika ini. Memang akan ada rasa kurang yakin bila mahu lancarkan album secara fizikal sebab tak pasti sama ada orang nak beli ke tak.
"Pada saya, itu adalah perkara kedua. Yang penting, saya hasilkan sebuah buah tangan peribadi bagi semua peminat. Ia juga memenuhi impian saya selama ini. Saya yakin ada golongan peminat yang mahukan satu hasil karya yang boleh dipegang dan menjadi barangan simpanan peribadi. Saya juga percaya album fizikal ada nilai sentimental berbanding album digital.
“Album fizikal ini juga boleh mengimbau kenangan lalu 10 hingga 20 tahun di masa depan. Album ini memang saya dan pengurus keluarkan modal sendiri untuk menghasilkannya dan pihak Nova Music turut membantu dari segi mempermudahkan proses rakaman.
"Ini boleh dikatakan loncatan ‘berani mati’, tapi saya percaya semuanya akan berakhir dengan baik. Walaupun mungkin tidak dapat pulangan dari modal yang dikeluarkan, tidak mengapa sebab apa yang penting album ini sudah terhasil.
“Sebagai permulaan, saya dan pihak pengurusan akan keluarkan sebanyak 500 keping CD album ini dan sekiranya ada permintaan lagi, saya akan ulang cetak album ini. Ada juga album premium di masa depan di mana ia diterbitkan dalam satu pakej khas termasuk beberapa produk tambahan. Tapi, ia cuma akan dilancarkan selepas album standard ini," katanya.
Kumpul lagu dari PKP
Berkongsi lanjut mengenai album itu, Amir berkata pencarian material lagu untuk album sudah bermula sejak beberapa tahun lalu.
“Saya mula kumpul bahan untuk penghasilan album ini sejak sebelum PKP lagi. Kalau tak silap, selepas penghasilan lagu Asmara. Kemudian saya jumpa ramai komposer untuk buat lagu. Proses album ini bukan saya buat lagu banyak-banyak kemudian baru pilih.
"Tapi untuk album ini, saya terus tulis lagu atau tentukan konsep apa yang dimahukan, barulah kami masukkan lagu tersebut dalam senarai lagu album.
“Lagu-lagu dalam album ini memang kami senaraikan dari awal dan apabila sampai cukup 12 lagu, barulah kami teruskan proses seterusnya. Single pertama saya berjudul Pemilik Cinta juga dimasukkan dalam album ini tetapi dengan susunan semula muzik dan rakaman semula vokal," katanya.
Menariknya, bersempena pelancaran album AMIR MASDI pada 7 Julai 2023, Amir turut mengadakan persembahan eksklusif khas buat peminat setianya.
“Sebenarnya, saya mahu buat siri jelajah untuk album ini, tapi buat permulaan saya akan buat ‘showcase’ dahulu sempena pelancaran album ini sebab saya juga tak pernah buat persembahan dengan 12 lagu sendiri sebelum ini.
“Dari situ juga, saya boleh menilai kemampuan saya mempersembahkan sejumlah 12 lagu pada satu masa. Setidak-tidaknya, saya boleh biasakan diri mempersembahkan lagu-lagu yang banyak dalam satu persembahan secara langsung.
"Sebagai seorang penyanyi, kita mahu tinggalkan satu legasi, bukan untuk mengejar populariti dan duit semata-mata. Populariti dan duit itu adalah bonus dan motivasi untuk karier seorang penyanyi itu,” mengakhiri kata.
Gempak
Sun Jul 09 2023
Selepas dua kali melangkah ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL), Amir Masdi dilihat sudah berada di landasan tepat dengan muzik yang dibawa. - Gambar Gempak
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Pemuda dipenjara lapan tahun sebabkan kematian bayi teman wanita
Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya.
Hapuskan terus Jemaah Islamiyah
Bersama ditalian, Prof Dato Dr Muhammad Nu Manuty Pengerusi IKIM.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
Polis cari suspek ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel
Artis tersebut membuat laporan di balai di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Daerah Kajang pada 14 Mei lalu.
Pengasas Instagram kini sertai Anthropic sebagai ketua pegawai produk
Mike Krieger akan menjadi ketua pegawai produk di Anthropic yang akan memantau pembangunan projek, pengurusan dan kerja-kerja rekaan.
Panas! Didi Astillah spill the tea lagi - "Masa bersama isteri orang anak tiga dari Terengganu, itu apa pula?”
Susulan kemunculan, penyanyi Aliff Aziz menerusi temu bual bersama program Melodi pada Ahad, kini adik iparnya, Didi Astillah membuat pendedahan terbaharu yang mengejutkan.
Instagram kemas kini algoritma Reels, utamakan kandungan asli
Instagram menyatakan perubahan ini akan memberikan capaian yang sama rata dalam membolehkan kandungan mereka ditonton ramai.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Chatbot Meta AI mula diberikan di WhatsApp, Instagram dan Messenger
Dengan Meta AI, pengguna boleh melakukan pertanyaan mengenai pelbagai topik yang mungkin ingin ditulis.
Instagram akan papar kemas kini Instagram Notes pada halaman profil
Sekiranya anda melakukan perkongsian di Instagram Notes, maka pengguna lain boleh melihatnya apabila melayari halaman profil anda.
Instagram tapis imej lucah dalam DM yang diterima pengguna bawah umur
Jika ia didapati konsisten dengan imej lucah, secara lalai ia akan dikaburkan dengan label mengatakan ia mungkin mengandungi kandungan yang tidak ingin dilihat pengguna.
Instagram dikemas kini dengan lebih banyak fungsi khusus untuk pencipta kandungan
Kesemua ciri ini diumumkan oleh Adam Mosseri yang merupakan ketua pegawai eksekutif Instagram menerusi video pendek di akaun rasmi baru-baru ini.