awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak ADUN Sulabayan positif COVID-19, Jaujan dan Manis Muka negatif

Assim Hassan
Assim Hassan
11/10/2020
04:13 MYT
Anak ADUN Sulabayan positif COVID-19, Jaujan dan Manis Muka negatif
Bagaimanapun, Jaujan yang merupakan Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) mengesahkan keputusan beliau adalah negatif tetapi sedang menjalani kuarantin di Hospital Queen Elizabeth (QEH), Kota Kinabalu.
KUALA LUMPUR:Salah seorang anak kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong dilaporkan positif COVID-19.
Bagaimanapun, Jaujan yang merupakan Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) mengesahkan keputusan beliau adalah negatif tetapi sedang menjalani kuarantin di Hospital Queen Elizabeth (QEH), Kota Kinabalu.
"Salah seorang daripada keluarga saya iaitu anak saya positif COVID-19. Oleh itu saya, isteri dan dua lagi anak sudah menjalani ujian saringan COVID-19 menggunakan RT-PCR serta keputusannya negatif.
"Hanya anak saya seorang sahaja yang positif. Namun, tidak mahu mengambil mudah perkara ini, saya dan keluarga sedang menjalani kuarantin di QEH," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.
Pada majlis mengangkat sumpah ADUN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Jumaat lalu, Jaujan dan ADUN Bugaya, Manis Muka Mohd Darah dilaporkan tidak hadir.
Selain mereka, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor juga tidak hadir pada majlis tersebut ekoran positif COVID-19.
Pengesahan Jaujan itu jelas bahawa kenyataan dan dakwaan di media sosial bahawa beliau positif COVID-19 adalah tidak benar.
Sementara itu, suami kepada Manis Muka, Datuk Sabardin Ombrah ketika dihubungi turut mengesahkan isterinya berada di QEH untuk menjalani kuarantin.
Bagaimanapun katanya, Manis Muka dimasukkan ke hospital itu akibat sesak nafas pada Jumaat lalu dan keputusan sama ada positif COVID-19 belum diketahui.
"Kami sekeluarga termasuk Manis Muka ada membuat saringan ujian COVID-19 sebanyak dua kali dan kesemuanya negatif. Bagaimanapun pada saringan ujian yang ketiga, Manis Muka tidak ikut kerana dikejarkan ke QEH ekoran sesak nafas.
"Saya meminta semua pihak sama-sama mendoakan yang terbaik dan kita semua terhindar dari virus COVID-19 ini," katanya.
Topic Berkaitan
#jaujan sambakong
#negatif COVID-19
#Anak Jaujan Positif
#Datuk Jaujan Sambakong
#Manis Muka Darah
#COVID-19
#Jaujan negatif COVID-19
#Hospital Queen Elizabeth
#Datuk Sabardin Ombrah
#ujian saringan
#ADUN Sulabayan
#ADUN BUGAYA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan