PUTRAJAYA: Anak bekas menteri Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Mohd Jarjis, yang terkorban dalam nahas helikopter pada 2015, gagal mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuan mereka berhubung kemasukan saham Rantai Wawasan Sdn Bhd bernilai RM1.044 bilion dalam senarai harta pusaka bapa mereka.
Ikhwan Hafiz Jamaludin, 35, dan Nur Anis Jamaludin, 37, memohon kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan memihak kepada nenek mereka, Aminah Abdullah, untuk memasukkan tiga juta saham Rantai Wawasan dalam senarai harta pusaka bapa mereka.
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang terdiri daripada Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli dan hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan dan Datuk Rhodzariah Bujang menolak permohonan kebenaran merayu itu berserta kos RM30,000 dalam keputusan 2-1.
Abdul Rahman dan Rhodariah memutuskan keputusan majoriti manakala Nallini sebaliknya.
Dalam keputusan majoriti mahkamah yang disampaikan secara dalam talian, Abdul Rahman berkata, kebenaran merayu ditolak kerana dua persoalan undang-undang yang permohon mahu mahkamah putuskan adalah berkaitan dengan penemuan fakta oleh dua mahkamah sebelum ini.
Beliau berkata, permohonan kebenaran mereka gagal memenuhi keperluan Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
Nallini dalam penghakimannya yang bertentangan mengatakan kebenaran harus diber,ikan kerana tiada penemuan fakta serentak oleh mahkamah sebelum ini.
Pada 3 Jan 2019, Aminah, 88, menyaman cucunya, mendakwa saham tiga syarikat iaitu saham Rantai Wawasan, enam juta saham Alpine Motion bernilai RM233 juta dan dua saham Ivory Insights bernilai RM80 juta, perlu dipertimbangkan sebagai sebahagian harta pusaka anaknya.
Pada 13 Ogos 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Aminah untuk pengisytiharan bahawa tiga juta saham Rantai Wawasan Sdn Bhd dimasukkan dalam senarai harta pusaka Jamaluddin.
Mahkamah Tinggi, bagaimanapun, menolak permohonan Aminah untuk pengisytiharan saham dua lagi syarikat.
Mahkamah Rayuan, pada 19 Ogos tahun lepas, menolak rayuan kedua-dua anak Allahyarham itu dan Aminah serta mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.
Ikhwan Hafiz dan Nur Anis kemudiannya memfailkan kebenaran untuk merayu di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan mahkamah mengenai saham Rantai Wawasan.
Aminah, bagaimanapun, tidak memfailkan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan mahkamah berkaitan saham Alpine Motion dan Ivory Insights.
Peguam Saheran Suhendran, Frank Wong dan Rodney Gan mewakili Ikhwan Hafiz dan Nur Anis manakala peguam Zainur Zakaria, Pawancheek Marican dan Suzilawati Ismail mewakili Aminah.
Jamaluddin yang lebih dikenali sebagai JJ, merupakan bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, terbunuh dalam nahas helikopter ketika dalam perjalanan dari Pekan, Pahang, ke ibu negara pada 4 April 2015. - BERNAMA
Bernama
Thu Feb 09 2023
Dua anak Allahyarham Jamaluddin (gambar), gagal mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuan mereka berhubung kemasukan saham Rantai Wawasan Sdn Bhd bernilai RM1.044 bilion dalam senarai harta pusaka bapa mereka.
PRK Kuala Kubu Baharu: SPR tubuh dua pasukan penguat kuasa kempen
SPR menubuhkan dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau aktiviti calon yang bertanding pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Ancaman Israel untuk serang Rafah boleh cetuskan konflik dengan Mesir
Ancaman tentera Israel untuk menyerang Bandar Rafah di Semenanjung Gaza, Palestin boleh mencetuskan konflik dengan Mesir, kata Duta Mesir ke India Wael Mohamed Awad Hamed.
Piala Thomas: 'Kemenangan ke atas Hong Kong lonjak keyakinan' - Jun Hao
Kem perseorangan negara Piala Thomas 2024 berjaya membuktikan kemampuan mereka, sekurang-kurangnya selepas mengetepikan pemain Hong Kong dalam aksi pembukaan Kumpulan D hari ini.
Dua cedera ambulans jatuh gaung
Dua individu cedera apabila sebuah ambulans terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui Jalan Sungai Lalang.
Konsulat Malaysia rancang program PKS di Pontianak
Program itu termasuk pameran, seminar dan dialog dijangka akan diadakan pada bulan Julai atau Ogos tahun ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak dinasihat elak provokasi, 3R - Saifuddin Nasution
Semua pihak diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang unsur provokasi termasuk memainkan isu 3R sepanjang PKR Kuala Kubu Baharu.
AWANI Ringkas: DAP sukar raih undi Melayu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak diingat tidak sentuh 3R - Fahmi
Semua pihak diingatkan untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen PRK KKB.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Anak Allahyarham JJ gagal dapat kebenaran merayu berhubung saham lebih RM1 bilion
Permohonan kebenaran mereka gagal memenuhi keperluan Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.