awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak-anak anggota GISB akan ikuti sesi persekolahan selepas kes mahkamah selesai - Fadhlina

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
09/02/2025
21:00 MYT
Anak-anak anggota GISB akan ikuti sesi persekolahan selepas kes mahkamah selesai - Fadhlina
Fadhlina berkata mereka sebelum ini mengikuti kelas khas yang dikendalikan oleh KPM sepenuhnya di tempat perlindungan yang ditetapkan. - Foto fail/Astro AWANI
NIBONG TEBAL: Kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal dikaitkan dengan GISBH Holdings Sdn Bhd (GISB) yang masih mempunyai urusan di mahkamah akan mengikuti sesi persekolahan baharu selepas proses di mahkamah selesai.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata setakat ini pihak KPM masih lagi mendapatkan dan mengumpulkan data kanak-kanak tersebut memandangkan pada sesi lepas, persekolahan mereka terpaksa dihentikan kerana terdapat kes di mahkamah.
Menurutnya, mereka sebelum ini mengikuti kelas khas yang dikendalikan oleh KPM sepenuhnya di tempat perlindungan yang ditetapkan.
"Memandangkan pada sesi yang lepas, kita hentikan sebentar bagi mereka meneruskan kes mereka di mahkamah.
"Jadi, sebaik sahaja selesai proses itu semua, kita tidak ada masalah untuk mengembalikan mereka kembali sekolah," katanya.
Kanak-kanak ikuti sesi persekolahan selepas kes mahkamah selesai
Fadhlina berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung sesi persekolahan anak-anak yang diselamatkan daripada rumah amal dikaitkan dengan GISB di seluruh negara.
Terdahulu, Ahli Parlimen Nibong Tebal itu ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina PKR Pulau Pinang di Dewan Chong Kuang, Sungai Bakap, Nibong Tebal pada Ahad.
Sebelum ini GISB dipalit kontroversi eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja selepas 20 premis dikaitkan dengan syarikat itu sebagai pusat jagaan dan rumah amal diserbu polis awal pagi 10 September lalu.
Dalam serbuan terbabit, polis menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia satu hingga 17 tahun, selain menahan 171 individu termasuk ustaz yang mengendalikan premis yang diserbu untuk siasatan lanjut.
Dalam sidang media di Kuantan sebelum ini, Razarudin dilaporkan berkata operasi GISB bermula selepas Darul Arqam diharamkan dan beberapa pemimpin kanannya ditahan polis pada 1994 mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Selepas pengharaman Darul Arqam, katanya, pengikut menubuhkan Rufaqa Corporation disusuli penubuhan GISB pada 2008 sebagai organisasi perniagaan berasaskan agama dengan doktrinnya masih tarekat Aurad Muhammadiah yang diharamkan.
Topic Berkaitan
#GISB
#Kanak-kanak
#sesi persekolahan
#Proses mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan