awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak-anak bergaduh, ibu keluarkan pedang samurai

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
11/02/2018
23:37 MYT
Anak-anak bergaduh, ibu keluarkan pedang samurai
Seorang ibu yang marah dan mahu campur tangan pergaduhan anaknya dengan jiran bertindak mengeluarkan pedang samurai di Paka, Dungun.
Anak-anak bergaduh, ibu bapa masuk campur. Padahnya, pedang samurai dikeluarkan.
Insiden di kawasan perumahan di Paka, Dungun di Terengganu itu kini tular di media sosial. Asalnya, ia berpunca daripada pertengkaran mulut sebelum kemudiannya, berlarutan sehingga kemuncaknya pedang samurai dikeluarkan.
Ia tular di laman Fecebook sejak tiga hari lalu.
Berdurasi lebih kurang 1:30 minit itu, ia menjadi tular apabila dimuat naik oleh seorang pengguna laman sosial Facebook dan kemudiannya dikongsi oleh pengguna lain.
BACA: Dari 'makcik bawang' boleh jadi 'makcik pedang samurai' - Pakar psikologi
Dalam hal ini, Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah memaklumkan satu laporan polis telah dibuat mengenainya.
Malah senjata yang digunakan dalam pergaduhan berbau ugutan itu juga turut dirampas.
"Ekoran daripada video yang ditularkan di Facebook, perbalahan mulut antara dua keluarga berpunca daripada pergaduhan anak-anak. Pada pukul 4 petang Ahad, seorang lelaki bertindak menyerahkan sebilah pedang di Balai Polis Paka Dungun.
"Mereka yang terlibat juga telah dipanggil bagi memberi keterangan," kata Baharudin.
Kes disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM2,000.
Susulan daripada video yang ditularkan itu, pelbagai reaksi negatif diterima dan tidak kurang netizen yang mengecam kerana menganggap perkara sedemikian amat memalukan.
Topic Berkaitan
#Dungun
#gaduh
#pedang
#Samurai
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan