KUANTAN: Berazam untuk merubah kehidupan keluarganya mendorong anak seorang buruh kampung Muhammad Syahid Ammar Awang belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya meraih Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023.
Muhammad Syahid Ammar, 20, berkata dengan keputusan cemerlang itu peluang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi lebih cerah dan diharap menjadi langkah permulaan untuk dia memenuhi impian menjadi arkitek suatu masa kelak demi membantu keluarga.
"Saya anggap Tingkatan Enam ini buka peluang lebih cerah untuk ke univesiti, jadi saya cuba belajar bersungguh-sunguh dengan mengamalkan teknik belajar bercakap dengan diri sendiri ketika menghafal matapelajaran yang sukar seperti Sejarah, Pengajian Am, Pengajian Perniagaan dan Seni Visual.
"Guru juga banyak membantu saya memahami sesuatu perkara, terima kasih kepada mereka kerana tidak jemu untuk mendidik saya hingga dapat keputusan cemerlang," kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abu Bakar itu ketika ditemui Bernama di sini semalam.
Anak kepada pasangan Awang Jaya, 54, dan Aniza Mohamad, 50, itu mengakui agak gementar untuk mengetahui keputusan peperiksaannya hingga tidak boleh tidur sebelum mendapat panggilan awal pagi tadi yang meminta dia hadir ke sekolah.
Berkongsi cerita ibu Muhammad Syahid Ammar, Aniza berkata anak lelakinya itu tidak dimaklumkan mengapa diminta hadir ke sekolah oleh gurunya dan dia pergi dengan perasaan tertanya-tanya.
"Dia tak tidur dua malam kerana risau dengan keputusan STPM, tetapi saya pesan apa juga keputusannya kena terima kerana dia sudah berusaha sedaya-upaya. Syahid anak yang rajin dan tidak pernah menyusahkan saya dan suami, setiap benda yang dia nak akan diusahakan hingga dapat.
"Saya mendoakan dia terus cemerlang dan dapat kehidupan yang lebih baik, dia anak harapan keluarga dan saya bangga dengan pencapaiannya hari ini," katanya yang menetap di Kampung Sungai Ular di sini.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Pendidikan Pahang Ahmad Zamri Md Isa berkata 106 calon bersamaan 5.46 peratus telah mendapat keputusan tertinggi PNGK 4.00 berbanding pencapaian lepas seramai 78 calon iaitu 3.88 peratus.
Beliau turut memaklumkan peperiksaan STPM 2023 Pahang menunjukkan prestasi membanggakan apabila buat kali pertama negeri itu melepasi GPS 3.00 sekali gus mengatasi Gred Purata Kebangsaan (GPN) 2.84.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 24 2024
Muhammad Syahid berkongsi kegembiraan bersama ibunya selepas meraih PNGK 4.00, sebaik keputusan STPM 2023 diumumkan di Kuantan, semalam. -- fotoBERNAMA
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Anak buruh kampung catat PNGK 4.00, anggap laluan STPM peluang cerah ke universiti
Ia diharap menjadi langkah permulaan untuk Muhammad Syahid memenuhi impian menjadi arkitek suatu masa kelak demi membantu keluarga.
Keluarga jadi inspirasi Muhammad Farriezs untuk muncul pelajar cemerlang STPM
Anak bongsu daripada lima beradik itu berkata dorongan dan sokongan ibu bapa turut menjadi sumber inspirasi kepadanya untuk tekun belajar.
Anak pemandu teksi, tukang cuci raih keputusan cemerlang STPM 2023
Nurhafizah merupakan seorang daripada lapan pelajar Kolej Tingkatan Enam Haji Zainul Abidin yang mendapat PNGK 4.0.
STPM 2023: Peratusan lulus penuh di Perak meningkat
Seramai 3,012 calon peperiksaan STPM 2023 di Perak mencatat keputusan lulus penuh, meningkat 98.21 peratus berbanding tahun sebelumnya.
STPM 2023 catat PNGK Nasional 2.84, tertinggi sejak dilaksanakan
Keputusan STPM 2023 mencatatkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) nasional 2.84, tertinggi sejak peperiksaan itu dilaksanakan.