KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kereta di kawasan parkir Hospital Shah Alam.
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim, pihaknya menerima laporan daripada Pegawai Perubatan Hospital Shah Alam, pada jam 8.01 malam, Selasa lalu.
"Hasil siasatan mendapati mangsa ditinggalkan oleh ibunya, yang juga kakitangan hospital berkenaan, secara tidak sengaja, di dalam kenderaan jenis Axia, selepas ibunya mengambilnya dari sebuah taska berdekatan tempat kejadian, pada jam 2 petang.
"Semasa ditinggalkan, mangsa dalam keadaan tertidur dan enjin kereta dimatikan.
"Setelah dihubungi oleh suaminya barulah ibu mangsa menyedari kejadian tersebut pada jam 6 petang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Iqbal berkata, mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Kecemasan hospital tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia setelah usaha menyelamatkan mangsa dijalankan.
"Bedah siasat dijalankan pada keesokan hari (Rabu) namun keputusan masih belum dikeluarkan.
"Pemeriksaan ke atas mangsa juga didapati tiada mempunyai sebarang kecederaan luaran mahupun dalaman," ujarnya.
Mohd Iqbal berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000, atau dipenjara tidak melebihi 20 tahun, atau kedua-duanya.
"Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati semasa mengambil anak-anak mereka pulang dari sekolah atau taska, terutamanya yang masih kecil, supaya kejadian seperti ini tidak berulang lagi.
"Mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi Inspektor Syer Aidid di talian 013-6544996," katanya.
Astro Awani
Wed Jan 31 2024
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Anak kakitangan hospital maut, tertinggal 4 jam dalam kereta diparkir
Hasil siasatan mendapati mangsa ditinggalkan oleh ibunya secara tidak sengaja di dalam kenderaan selepas mengambilnya dari taska berdekatan.