awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak kapal penerbangan terima tempias, hilang 70 peratus pendapatan bulanan dek COVID-19

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
03/06/2020
05:44 MYT
Anak kapal penerbangan terima tempias, hilang 70 peratus pendapatan bulanan dek COVID-19
Karier anak kapal penerbangan (pramugara, pramugari) terjejas pendapatan kerana kekurangan jadual penerbangan. - Gambar fail/REUTERS
Karier anak kapal penerbangan (pramugara, pramugari) menerima tempias besar susulan pandemik COVID-19 apabila mereka hanya menerima 30 peratus daripada pendapatan bulanan mereka.
Jelas Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Penerbangan Malaysia (NUFAM), Ismail Nasarudin, ini kerana 70 peratus pendapatan anak kapal ini bergantung kepada elaun penerbangan.
"Sebagai kru kabin, elaun penerbangan lebih tinggi dari gaji pokok iaitu sekitar 60-70 peratus merupakan elaun penerbangan.
"Ia tidak dapat diraih kerana kekurangan jadual penerbangan ketika perintah duduk rumah ketika ini di seluruh dunia," kata beliau ketika ditemubual menerusi segmen Realiti Rakyat di Astro AWANI pada Rabu.
Jelas Ismail, sekitar 90 peratus anak kapal terjejas pendapatan mereka berikutan kekurangan penerbangan ini.
"Terdapat juga syarikat penerbangan yang memotong gaji pokok pekerja dengan memberikan cuti tanpa gaji bagi menampung kerugian syarikat.
"Ada juga syarikat memotong gaji sehingga 100 peratus termasuk pengurusan tertinggi syarikat," dedah Ismail lagi.
Namun dalam mendepani detik sukar ini, NUFAM mengharapkan semua pekerja terkesan untuk mempelajari skill baharu bagi mendapat sedikit pendapatan sampingan.
"Kelonggaran yang diberikan oleh majikan untuk melakukan pekerjaan sampingan harus dimanfaat semua pekerja. Ada yang saya dapati mula menjalankan perniagaan sendiri dan membuat perkhidmatan e-hailing.
"Ini langkah yang baik bagi menampung pendapatan mereka yang terjejas ketika situasi yang mungkin terjejas untuk beberapa tahun."
Ismail turut mengharapkan, semua anak kapal penerbangan, tabah dan terus berusaha dalam mendepani detik mencabar ini.
Topic Berkaitan
#air asia
#anak
#Astro
#Astro Awani
#coronavirus
#COVID-19
#flight attendant
#hilang
#koronavirus
#Malaysia
#Malaysia Airlines
#malindo
#Malindo Air
#MAS
#penerbangan
#penerbangan Malaysia
#pramugara
#pramugari
#presiden
#rakyat
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan