awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesyuarat JPT-PPIP fokus perkasa pembangunan industri tuna negara - Ahmad Zahid
RUU Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia dijangka dibentang di Parlimen Jun ini
Kementerian Digital tumpu enam bidang pacu transformasi digital - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak mahu ibubapa luang lebih masa bersama mereka - Rohani

Hilal Azmi
Hilal Azmi
30/11/2017
10:26 MYT
Anak mahu ibubapa luang lebih masa bersama mereka - Rohani
ROHANI: Luangkan lebih masa dengan anak-anak kurangkan risiko mereka memberontak - Foto BERNAMA
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mahu ibubapa yang sibuk bekerja meluangkan lebih masa untuk bersama anak-anak mereka.
Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, kurangnya perhatian dari dalam rumah menjadi antara penyumbang utama peningkatan jumlah remaja berisiko di negara ini.
Jelasnya, kebanyakan remaja berisiko yang diuruskan pihaknya mempunyai bakat serta keupayaan yang lebih hebat daripada apa yang dibayangkan sebelum ini.
"Bagi saya, remaja sekarang mahu lebih perhatian menyebabkan mereka yang kurang kasih sayang lebih terdedah untuk menjadi remaja berisiko.
"Ini kerana mereka mahu mendapat kasih sayang terus daripada ibu bapa mereka, sekiranya tak dapat, maka dicubanya pula kepada komuniti, sehinggalah mereka sanggup membuat apa sahaja demi perhatian orang sekeliling mereka.
"Keadaan ini diparahkan lagi dengan faktor luaran lain seperti rakan sebaya,dadah, internet dan sebagainya," katanya pada sidang media selepas menjadi panel Forum Remaja Berisiko: Menangani lebih baik daripada menghukum yang berlangsung di Perpustakaan Negara Malaysia pada Khamis.
Tambah beliau, pihaknya mendapat pelbagai cadangan bagi mengurangkan jumlah remaja berisiko termasuklah untuk mewajibkan kursus keibubapaan kepada semua pasangan yang baru berkahwin.
"Memang kita kenalpasti faktor dalaman keluarga menjadi antara punca utama kepada kewujudan remaja berisiko dalam negara ketika ini.
"Kami di kementerian menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, LPPKN banyak mewujudkan kursus termasuk kursus keibubapaan, namun kurang mendapat sambutan," tambahnya.
Namun, beliau memberitahu pihaknya akan terus berusaha meningkatkan kesedaran keibubapaan sebagai langkah drastik bagi mengurangkan jumlah remaja berisiko.
Malahan katanya, KPWKM akan mencari jalan positif untuk memanfaatkan bakat remaja ini kerana mereka juga aset penting negara.
Antara panel forum berkenaan ialah Nordin Abdul Malek; Pengerusi Gabungan Institut Latihan Kemahiran Swasta Bumiputera, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek; Felo Biro Dakwah dan Sosial MCCF dan juga Ab Aziz Mohd Yatim; Felo Makmal Penyelidik UPSI.
Topic Berkaitan
#Ab Aziz Mohd Yatim
#Jumlah Remaja Berisiko
#Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat
#KPWKM
#LPPKN
#Mohamed Hanafiah Abdul Malek
#Nordin Abdul Malek
#Remaja Berisiko
#Rohani Abdul Karim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan