awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyertaan wanita dalam pengurusan tertinggi sektor awam cecah 39.4 peratus
ATM mohon pertimbangan PM pelepasan perolehan dana bagi perbelanjaan operasi
Hutan di Taman Botani Pulau Pinang terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat JPT-PPIP fokus perkasa pembangunan industri tuna negara - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
04/02/2026
13:00 MYT
Mesyuarat JPT-PPIP fokus perkasa pembangunan industri tuna negara - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Pembangunan dan Pemerkasaan Industri Perikanan (JPT-PPIP), hari ini. - Foto Facebook Zahid Hamidi
PUTRAJAYA: Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Pembangunan dan Pemerkasaan Industri Perikanan (JPT-PPIP) hari ini memfokuskan mengenai pemerkasaan pembangunan industri tuna sebagai sektor bernilai tinggi yang berpotensi menjadikan Malaysia sebagai hab tuna serantau.

Ringkasan AI
  • Fokus mesyuarat JPT-PPIP hari ini adalah pemerkasaan pembangunan industri tuna sebagai sektor bernilai tinggi untuk menjadikan Malaysia hab tuna serantau.
  • Pembangunan rantaian bekalan tuna yang cekap dari pendaratan sehingga pemprosesan dijangka membuka peluang ekonomi baru dan meningkatkan daya saing industri perikanan negara.
  • Kerajaan komited memastikan kebajikan nelayan terus terbela melalui pelbagai bantuan dan insentif termasuk Elaun Sara Hidup Nelayan, insentif hasil tangkapan, diesel bersubsidi, dan bantuan perumahan khusus untuk nelayan B40.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pembangunan rantaian bekalan tuna yang lebih cekap daripada pendaratan hingga pemprosesan diyakini mampu membuka peluang ekonomi baharu serta meningkatkan daya saing industri perikanan negara.
Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi JPT-PPIP berkata mesyuarat Bil.1/2026 itu turut meneliti cadangan pembinaan Kompleks Pendaratan Ikan di Hutan Melintang, Perak dan Sandakan, Sabah sebagai langkah strategik memperkukuh infrastruktur industri dan meningkatkan kecekapan operasi serta pemasaran hasil perikanan tempatan.
"Selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI dalam memperkukuh keterjaminan makanan negara, pelbagai inisiatif berimpak tinggi terus dilaksanakan termasuk pemodenan vesel nelayan menggunakan teknologi automasi dan mesra alam, pemerkasaan kapasiti limbungan bot dan pembangunan fasiliti sokongan industri," katanya dalam kenyataan selepas mesyuarat JPT-PPIP di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata kerajaan kekal komited dalam memastikan kebajikan komuniti nelayan terus terbela melalui pelbagai bentuk bantuan dan insentif termasuk Elaun Sara Hidup Nelayan, insentif hasil tangkapan, diesel bersubsidi dan bantuan perumahan khusus untuk nelayan B40.
Beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa melalui kerjasama erat antara kementerian, agensi dan pemain industri, sektor perikanan negara mampu berkembang secara lebih progresif, berdaya saing dan kekal menjadi sumber rezeki mampan kepada komuniti nelayan.
Mesyuarat berkenaan sebelum ini dikenali sebagai Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Pembangunan dan Pemerkasaan Nelayan dan kini dijenamakan semula sebagai JPT-PPIP, iaitu cerminan hala tuju baharu kerajaan dalam memperkukuh keseluruhan ekosistem industri perikanan negara meliputi perikanan tangkapan, perikanan darat serta sektor akuakultur secara lebih bersepadu dan mampan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mesyuarat JPT-PPIP
#industri tuna
#perikanan
#Ahmad Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan