awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bomba terima 30 jentera FRT bernilai RM60 juta - Nga
Bekalan air di Melaka mencukupi untuk Aidilfitfi - Exco
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak nafi khabar angin Jamal Yunos nazak

Sinar Harian
Sinar Harian
13/02/2024
09:02 MYT
Anak nafi khabar angin Jamal Yunos nazak
Jamal ketika ini menjalani tempoh rawatan akibat kanser paru-paru tahap empat di Pusat Perubatan Prince Court sejak Khamis lalu. - Gambar fail
SUNGAI BESAR: Anak sulung kepada Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menafikan khabar angin kononnya bapanya sedang nazak.
Muhammad Amin Daniel, 23, berkata, bapanya ketika ini menjalani tempoh rawatan akibat kanser paru-paru tahap empat di Pusat Perubatan Prince Court sejak Khamis lalu.
Menurut beliau, Jamal berada dalam keadaan stabil dan menjalani tempoh pemulihan.
"Saya menafikan ayah sedang nazak, sebaliknya keadaannya sihat dan tidak membimbangkan.
"Kemungkinan ayah dibenarkan pulang dalam tempoh dua atau tiga hari ini," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Pada masa sama Muhammad Amin memohon orang ramai mendoakan kesihatan bapanya agar kembali pulih seperti biasa.
"Saya mohon doakan kesihatan ayah moga dia kuat dan sembuh daripada sebarang penyakit," tambah beliau.
Pada September tahun lalu, Jamal dimasukkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri di satu majlis anjuran UMNO dan dikaitkan mengalami keracunan makanan.
Jamal juga pada Disember tahun sama pernah menjalani rawatan di pusat perubatan sama akibat kanser paru-paru tahap empat.
*Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jamal Yunos
#rawatan
#kanser
#khabar angin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan