Jika sebelum ini anak sentiasa bersama ibu dan ayah sejak kecil. Kali ini si kecil yang kita tatang bagai minyak yang penuh bakal melangkah ke alam persekolahan. Ibu mana yang tidak sayu hati berpisah seketika.
Tambah lagi bila si kecil pula menangis ketika dihantar ke sekolah. Tambah menyentuh hati ibu bila mana anak kecil tidak mahu ke sekolah malah menangis meronta-ronta di hadapan sekolah.
Situasi sebegini pastinya meninggalkan momen yang begitu mendalam buat ibu dan anak itu sendiri. Adalah lebih baik kita memberi ruang untuk anak lebih bersedih ke sekolah.
Bagaimana hendak pastikan anak betul-betul bersedia? Ibu dan bapalah yang memainkan peranan penting agar anak betul-betul bersedia untuk melalui pengalaman yang baru.
Berikut adalah beberapa tip untuk membantu melatih anak agar lebih bersedia menghadapi pengalaman baru di pusat asuhan dan tadika:
Perkenalkan konsep ‘rakan baru’
Anak mana yang tidak gemar bergaul dan berkawan. Lebih-lebih lagi kawan baru. Ajarkan pada anak perihal konsep kawan baru ini dan beritahu pada mereka tentang keseronokkan bermain bersama rakan-rakan. Sebagai permulaan anda boleh mencubanya bersama rakan-rakan terdekat atau anak kawan-kawan yang sebaya usianya. Cara ini buat anak mampu bergaul dengan baik.
Kongsi cerita indah dengan rakan
Ceritakan akan keseronokkan bila bermain bersama rakan-rakan dan guru di sekolah. Malah aktiviti serta permainan yang begitu menghiburkan berbanding hanya bermain di rumah bersama ibu. Lama kelamaan anak akan mula tertarik malah begitu teruja untuk bersama rakan.
Hadiah kecil ke sekolah
Memberi ganjaran atau menghadiahkan barangan mengikut kesukaan anak-anak juga dapat menjentik hati anak kecil berusia 4 hingga 5 tahun untuk ke sekolah dengan riang. Misalnya membelikan beg sekolah atau botol air kegemaran mereka, semua ini cukup membuatkan mereka teruja hendak ke sekolah.
Rutin jadual awal pagi
Bagi mengelakkan anak susah untuk bangun pagi, apa yang ibu bapa boleh lakukan adalah melakukan rutin awal pagi lebih dahulu bersama anak-anak. Minta anak-anak mandi di awal pagi dan bersiap kemudiannya bersarapan dan buat aktiviti sama-sama di rumah seperti bermain atau membaca buku. Semua ini dapat membiasakan anak-anak dengan jadual persekolahan kelak.
Latih tinggalkan anak seketika
Pun begitu jangan lupa selitkan dan kuatkan nasihat pada anak agar tidak menangis atau mencari ibu dan bapa ketika sudah mula bersekolah. Apa yang boleh ibu bapa lakukan adalah meninggalkan seketika anak kecil misalnya di rumah datuk dan nenek mereka atau juga di rumah sepupu. Semua ini bagi membiasakan diri untuk berpisah seketika.
Ajar anak untuk bergaul dengan baik
Salah satu kunci utama anak bersedia ke sekolah adalah sentiasa berpesan pada anak untuk bergaul dengan kawan-kawan dan guru-guru dengan baik. Elakkan anak merasa takut-takut dan tidak selesa.
Di pihak mak ayah pula, pilihlah tadika atau pusat pendidikan awal kanak-kanak ini sebuah pusat yang terbaik malah menyenaraikan guru-guru yang mesra kanak-kanak malah mempunyai kelayakan untuk membimbing anak-anak dengan baik. - Pa and Ma
Pa and Ma
Fri Mar 08 2024
Ibu dan bapalah yang memainkan peranan penting agar anak betul-betul bersedia untuk melalui pengalaman yang baru. - Gambar majalahpama.my
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Anak nak masuk tadika biar betul-betul bersedia, latih minda anak dulu!
Jika sebelum ini anak sentiasa bersama ibu dan ayah sejak kecil. Kali ini si kecil yang kita tatang bagai minyak yang penuh bakal melangkah ke alam persekolahan.