awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Amang seksual: Pelajar tahfiz dikenakan bon berkelakuan baik dua tahun
DUNIA
Puluhan penerbangan ke Bali dibatalkan susulan letusan Gunung Lewotobi
MALAYSIA
KKR perlu RM4 bilion setahun bagi kerja selenggara, naik taraf sepenuhnya jalan raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Lelaki AS menyamar sebagai pramugara, tempah lebih 120 penerbangan percuma

Astro Awani
Astro Awani
18/06/2025
05:00 MYT
Lelaki AS menyamar sebagai pramugara, tempah lebih 120 penerbangan percuma
Dia menggunakan laman web khas untuk kru penerbangan dan maklumat palsu seperti nombor lencana serta tarikh pengambilan kerja untuk menyamar sebagai kakitangan tujuh syarikat penerbangan. -Gambar hiasan/Unsplash
TALLAHASSEE: Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) disabitkan bersalah kerana menyamar sebagai pramugara dan menempah lebih 120 penerbangan percuma di antara 2018 dan 2024, menurut kenyataan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki warga AS, Tiron Alexander, disabitkan bersalah kerana menyamar sebagai pramugara dan menempah lebih 120 penerbangan percuma antara 2018 hingga 2024.
  • Dia menggunakan laman web khas untuk kru penerbangan dan maklumat palsu seperti nombor lencana serta tarikh pengambilan kerja untuk menyamar sebagai kakitangan tujuh syarikat penerbangan.
  • Alexander didapati bersalah atas penipuan elektronik dan pencerobohan kawasan larangan lapangan terbang, dan akan dijatuhkan hukuman pada 25 Ogos 2025.

Tertuduh, Tiron Alexander, 35, didapati bersalah oleh juri persekutuan di Miami pada 5 Jun atas pertuduhan penipuan elektronik (wire fraud) dan memasuki kawasan larangan lapangan terbang secara palsu.
Menurut dokumen mahkamah, Alexander menggunakan laman web khas milik sebuah syarikat penerbangan yang hanya dikhaskan untuk juruterbang dan kru kabin bagi menempah penerbangan tanpa bayaran.
Dia berjaya menaiki 34 penerbangan dengan menyamar sebagai pramugara yang kononnya bekerja dengan tujuh syarikat penerbangan berbeza, menggunakan kira-kira 30 nombor lencana dan tarikh pengambilan kerja palsu.
Perbicaraan turut mendedahkan bahawa Alexander menyamar sebagai pramugara dengan tiga syarikat penerbangan lain, menjadikan jumlah tempahan penerbangan percuma melebihi 120 kali sepanjang tempoh enam tahun.
Hakim Daerah Amerika Syarikat, Jacqueline Becerra dijadual menjatuhkan hukuman pada 25 Ogos 2025, selepas mempertimbangkan garis panduan hukuman persekutuan dan faktor perundangan lain.
Kes disiasat oleh Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) dan dikendalikan oleh Pendakwa Raya Kanan Amerika Syarikat, Michael C. Shepherd.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Tiron Alexander
#menyamar sebagai pramugara
#lebih 120 penerbangan percuma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami