IPOH: Anak kepada suami isteri yang maut kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 51.3, Jalan Raya Timur - Barat (JRTB) Gerik - Jeli, dekat Gerik pada 7 April lepas, meninggal dunia awal pagi semalam.
Anak bongsu kepada pesara tentera Kamizan Kasimon, 42, dan isterinya Noor Asmah Mat Zainal, 38, yang dilaporkan maut di tempat kejadian itu, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.
"Mangsa berusia tiga tahun disahkan meninggal dunia di HRPB," katanya.
Kematian itu menjadikan jumlah mangsa yang maut dalam kemalangan terbabit sebanyak empat orang setakat ini, termasuk seorang lagi mangsa yang merupakan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova berusia 54 tahun, meninggal dunia kira-kira 11.20 malam pada hari kejadian di Hospital Taiping.
Dalam kejadian kira-kira 12.20 tengah hari itu, sepasang suami isteri maut selepas kereta Proton Persona dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kenderaan MPV berkenaan.
Anak lelaki dan perempuan pasangan itu masing-masing berusia 10 dan tiga tahun dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian badan, manakala lima lagi mangsa yang menaiki Toyota Innova juga cedera dan menerima rawatan di hospital.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 14 2024
Anak kepada suami isteri yang maut kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 51.3, Jalan Raya Timur - Barat (JRTB) Gerik - Jeli, dekat Gerik pada 7 April lepas, meninggal dunia awal pagi semalam. - Foto ihsan keluarga/Sinar Harian
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Lima lagi lebuh raya setuju laksana SPT September ini
Enam lagi lebuh raya bersetuju melaksanakan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) bermula September ini.
Lawrence Wong terima ucapan tahniah pemimpin dunia
Wong menyatakan harapan agar dapat menjalinkan kerjasama bagi meningkatkan kerjasama dua hala dan serantau.
Anwar mulakan lawatan rasmi ke Kazakhstan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi dua hari ke Kazakhstan dengan mengunjungi Masjid Besar Astana yang terletak di sepanjang Laluan Sutera di Astana.
Pelancong Jerman lemas di Pulau Perhentian
Insiden berlaku ketika Dr Loosen- Freiling Iris, 74, mandi bersama suaminya di pulau peranginan itu pada kira-kira 3.30 petang Khamis.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.