awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak pengasas AmBank, yang ditembak mati kagum dengan polis

Bernama
Bernama
24/09/2013
04:51 MYT
Anak pengasas AmBank, yang ditembak mati kagum dengan polis
Anak lelaki kepada pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi yang ditembak mati pada 29 Julai lepas, berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya menangkap suspek utama dalam kes pembunuhan ayahnya.
Pascal Najadi, 45, yang bangga dengan kejayaan itu, berkata pencapaian PDRM menunjukkan pasukan keselamatan berkenaan antara yang terbaik kerana berjaya memberkas suspek dalam tempoh dua bulan selepas kejadian.
"Saya juga berterima kasih kepada kerajaan kerana menggubal undang-undang yang lebih tegas bagi memastikan Malaysia lebih selamat dan polis berjaya memberkas suspek. Memang mengagumkan. Kalau di negara lain saya tidak pasti mereka akan dapat tangkap suspek.
"Saya sangat-sangat berterima kasih kepada pasukan keselamatan Malaysia," katanya dari Moscow, Rusia hari ini.
Semalam, polis dilapor memberkas suspek utama dalam pembunuhan Hussain itu di Larut Tin Tambahan, Taiping, Perak, susulan maklumat awam.
Selain itu, dua lelaki berusia 31 dan 26 tahun, turut diberkas kerana dipercayai bersubahat menyembunyikan suspek.
Dalam kejadian pukul 2 petang, 29 Julai lepas, Hussain, 75, maut di tempat kejadian manakala isterinya Chong Mei Kuen, 49, cedera parah, selepas mereka ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kenderaan, sejurus keluar dari tokong Kuan Yin Temple di Lorong Ceylon, di sini.
Mengulas lanjut, Pascal berkata PDRM memberi kerjasama baik kepada beliau serta sentiasa berhubung sepanjang siasatan kes.
"Mereka sentiasa memberitahu saya mengenai perkembangan terkini selain meminta saya bertenang dan mereka sedang menjalankan siasatan," katanya.
Pascal yang memiliki kewarganegaraan Switzerland dan Britain, berkata beliau sebelum ini tidak dapat pulang ke Malaysia kerana bimbang akan keselamatannya.
Bagaimanapun katanya, beliau tetap yakin PDRM akan menyelesaikan kes itu dan keyakinan berkenaan meningkat selepas polis berjaya menangkap pemandu teksi yang dipercayai membawa pembunuh upahan berkenaan.
Penangkapan pemandu teksi itu menunjukkan polis melakukan tugas dengan baik, katanya.
Topic Berkaitan
#ambank
#kes bunuh
#PDRM
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan