awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak seni Terengganu rasa terpinggir di bumi sendiri

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
20/04/2018
21:44 MYT
Anak seni Terengganu rasa terpinggir di bumi sendiri
Mohd Fazli dan Mohalim ketika ditemui Astro AWANI di Kuala Terengganu baru-baru ini. - Astro AWANI / AMIR ARIFFIN
Persatuan Anak Seni Terengganu (ASTRA) mendakwa seakan terpinggir di bumi sendiri apabila tidak mendapat pembelaan dan tempat yang sewajarnya walaupun telah lama ditubuhkan.
Presidennya, Mohd Fazli A. Rahman@Jaafar berkata, fokus utama ASTRA juga adalah menjaga kebajikan penggiat-penggiat seni dalam menyediakan, mencari dan menyalurkan peluang-peluang menjana ekonomi kepada ahli-ahli.
ASTRA juga berpandangan jauh dengan mengetengahkan cadangan konsep pembelajaran muzik secara profesional yang dikendalikan oleh ahli-ahli yang berbakat dan pemuzik bertaraf antarabangsa.
"Kerajaan Negeri bagi maklum balas pada kita untuk siapkan kertas kerja dan hantar kepada mereka perancangan kita, dan kita sudah pun hantar. Malangnya, sampai ke hari ini, sunyi sepi semua," kata Mohd Fazli.
Lebih menghairankan, kata beliau, sebelum ini kehadiran mereka sangat dialu-alukan ketika penubuhannya.
Bagi Mohd Fazli, ia penting memandangkan di Terengganu sendiri ramai anak-anak muda daripada anak watan Terengganu yang mempunyai bakat serta berkecimpung dalam dunia seni ketika ini.
Katanya, mereka kini ibarat kais pagi makan pagi selepas memilih bidang seni sedangkan banyak sebenarnya yang mampu dilakukan oleh mereka untuk turut sama merancakkan industri seni tanah air.
Sementara itu, bagi Mohd Salim Salleh atau lebih dikenali sebagai Mohalim yang juga anggota kumpulan popular tahun 90-an, Iklim, beliau selaku anak seni yang telah lama bergiat dalam industri seni tanah air mengakui bahawa nasib anak seni Terengganu kini boleh dikatakan terumbang-ambing.
"Kita haraplah agar pihak-pihak bertanggungjawab ambil maklum tentang nasib orang seperti kami. Kami juga boleh memainkan peranan untuk menyumbang kepada negeri Terengganu.
"Musim pilihan raya ini, kita tak kira sesiapa pun yang akan dipilih, tapi bantulah rakyat yang berjiwa seni seperti kami ini," katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Jelasnya, kedua-dua mereka serta anak-anak seni yang bermain muzik di Terengganu kini terpaksa mencari makan dengan mengadakan persembahan di restoran-restoran di sekitar negeri.
Manakala yang lebih bernasib baik akan mendapat tempat di hotel-hotel tertentu.
Itupun jelasnya, kadar bayaran yang diberi tidaklah setinggi mana, namun kerana minat mereka teruskan juga.
Topic Berkaitan
#ASTRA
#MalaysiaMemilih
#Mohalim Iklim
#pemuzik
#Persatuan Anak Seni Terengganu
#PRU14
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan