SEREMBAN:Dipercayai akibat perselisihan faham, seorang lelaki maut selepas ditikam oleh anak lelakinya sendiri dalam kejadian di Kampung Simpang Pertang, Jelebu pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Jelebu, DSP Maslan Udin berkata, pihaknya menerima maklumat tentang kejadian daripada orang awam yang menemukan mangsa terbaring berlumuran darah berhampiran pintu rumah kira-kira 9.30 pagi.
"Berdasarkan siasatan awal, berlaku pertengkaran mulut di antara suspek yang berusia 35 tahun itu dengan bapanya, 59, yang menegur suspek kerana terlalu leka bermain telefon bimbit.
"Ketika bertengkar, mangsa juga memukul suspek dengan kerusi plastik menyebabkan suspek bertindak menikam mangsa pada bahagian depan dan belakang badan," katanya ketika dihubung di sini.
Menurutnya suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki motosikal sebelum berjaya ditahan polis kira-kira 20 minit selepas kejadian.
Maslan berkata siasatan awal juga mendapati suspek tinggal dengan ibu bapanya di rumah itu selain tidak bekerja susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
Ketika kejadian, hanya suspek dan bapanya berada di rumah itu, katanya.
Maslan berkata pihaknya masih menyiasat motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA
Bernama
Wed Nov 18 2020

Berdasarkan siasatan awal, berlaku pertengkaran mulut di antara suspek dengan bapanya yang menegur suspek kerana terlalu leka bermain telefon bimbit.

Pakej bantuan PERMAI boleh rangsang pertumbuhan KDNK, kekalkan PKS - Ahli ekonomi
Pakej bantuan PERMAI bernilai RM15 bilion yang diumumkan hari ini akan membantu mengurangkan kesan lonjakan semula kes COVID-19 dan pelaksanaan PKP 2.0 ke atas KDNK suku pertama.

COVID-19: Thailand perluas pengesanan kes aktif untuk kekang jangkitan dalam komuniti
DDC telah memperluaskan langkah pengesanan kes aktif bagi COVID-19 di Bangkok dan 27 wilayah yang merekodkan lebih 50 kes dalam penularan terkini.

Angkat sumpah Biden | Cabaran besar memulihkan negara
Joe Biden bakal berdepan pelbagai cabaran besar selepas dirasmikan sebagai Presiden Amerika Syarikat Ke-46 pada 20 Januari ini. Selain menangani pandemik COVID-19 yang membunuh 4 ribu penduduk setiap hari, biden juga perlu menyatukan semula rakyat negara itu, terutama selepas serangan di bangunan capitol pada 6 Januari lalu.

FMM minta kerajaan perluaskan Akta COVID-19 untuk sektor perdagangan dan logistik
Ia bertujuan bagi memulihkan sektor perdagangan dan logistik yang merosot akibat pandemik COVID-19.

PKP | Polis tiada kuasa batalkan kompaun
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan atau mengurangkan kompaun yang dikeluarkan terhadap mereka yang melanggar Perintah Kawalan Keselamatan (PKP), kata Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid.

10 Berita Pilihan - (18 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis, JKNS siasat kes minum arak di pusat kuarantin - Masidi
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memandang serius isu video tular individu meminum minuman keras di sebuah pusat kuarantin.

COVID-19: Tidak sampai seminggu, China siapkan pusat kuarantin dengan 4,160 bilik
Mengikut perancangan asal, pusat kuarantin yang meliputi kawasan seluas 34 hektar itu hanya akan menempatkan 3,000 buah bilik.

Amaran cuaca buruk di pedalaman dan pantai barat Sabah serta Labuan
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di pedalaman dan Pantai Barat di Sabah serta Labuan sehingga esok.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Anak tikam bapa sehingga maut di Jelebu
Dipercayai akibat perselisihan faham, seorang lelaki maut selepas ditikam oleh anak lelakinya sendiri dalam kejadian di Kampung Simpang Pertang, Jelebu pagi tadi.

Bapa maut ditikam anak sendiri disaksikan 20 peserta sidang video
Mangsa Dwight Powers, 72, dilapor dipukul dan ditikam bertubi-tubi Thomas Scully-Powers, 32, dalam kejadian di Long Island, Amerika Syarikat (AS) pada tengah hari Khamis.