Skip to main content

Dunia

Sanchez akur kalah, blok konservatif raih majoriti dalam pilihan raya Sepanyol

Sanchez telah menghubungi pemimpin PP, Alberto Nunez Feijoo, untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan beliau dalam pilihan raya berkenaan. - Foto AP
Sanchez telah menghubungi pemimpin PP, Alberto Nunez Feijoo, untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan beliau dalam pilihan raya berkenaan. - Foto AP

Ringkasan AI

  • Gabungan Parti Rakyat (PP) dan Vox memperoleh majoriti mutlak dalam pilihan raya umum Sepanyol, menurut laporan agensi berita EFE.
  • Perdana Menteri Pedro Sanchez mengaku kalah dan mengucapkan tahniah kepada pemimpin PP, Alberto Nunez Feijoo, atas kemenangan tersebut.
  • Keputusan ini memberi kelebihan kepada blok konservatif untuk membentuk kerajaan baharu, menandakan perubahan besar dalam landskap politik Sepanyol.
Advertisement

MADRID: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, mengaku kalah dalam pilihan raya umum yang berlangsung pada Ahad selepas gabungan Parti Rakyat (PP) dan parti sayap kanan Vox memperoleh majoriti mutlak di Parlimen negara itu, menurut agensi berita negara, EFE.

Laporan EFE menyebut Sanchez telah menghubungi pemimpin PP, Alberto Nunez Feijoo, untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan beliau dalam pilihan raya berkenaan.

Dengan kira-kira 92 peratus undi selesai dikira, PP mendahului keputusan dengan meraih 134 kerusi daripada keseluruhan 350 kerusi Parlimen.

Advertisement

Parti Pekerja Sosialis Sepanyol (PSOE) yang dipimpin Sanchez berada di tempat kedua dengan 115 kerusi.

Sementara itu, Vox memperoleh 53 kerusi, meningkat berbanding 33 kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya 2023.

Advertisement

Keputusan itu memberi kelebihan kepada blok konservatif untuk membentuk kerajaan baharu selepas kedua-dua parti berkenaan memperoleh jumlah kerusi yang mencukupi bagi menguasai majoriti di Parlimen.

Pilihan raya tersebut diadakan ketika Sepanyol berdepan pelbagai isu termasuk kos sara hidup, ekonomi dan kebimbangan terhadap dasar migrasi yang menjadi antara fokus utama kempen parti-parti bertanding.

Menurut EFE, kejayaan PP dan Vox menandakan perubahan ketara dalam landskap politik Sepanyol selepas beberapa tahun pemerintahan kerajaan pimpinan Sanchez.

 

 

Must Watch Video

Advertisement