awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak ugut potong jari bapa dihadap ke mahkamah

Astro Awani
Astro Awani
01/11/2017
08:16 MYT
Anak ugut potong jari bapa dihadap ke mahkamah
Padah ugut memotong jari bapa kandung sendiri, seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini. -Gambar hiasan
Padah ugut memotong jari bapa kandung sendiri, seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini.
Tertuduh, Randy Gan Choon Shern, 29 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus kertas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah, di hadapan Majistret Norina Maludin.
Mengikut pertuduhan, Randy didakwa mengugut bapa kandungnya Gan Kim Seet, 64 tahun, hingga mendatangkan ketakutan dengan berkata akan memotong jari tangan warga emas itu di sebuah rumah di Taman Desa Peringgit Melaka, pada 7.10 petang, 6 Oktober lepas.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Majistret Norina pada penghakimannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 Disember ini untuk sebutan kes dan lantikan peguam.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Azri Zakaria, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#Muhammad Azri Zakaria
#Norina Maludin
#potong jari
#Randy Gan Choon Shern
#Seksyen 506 Kanun Keseksaan
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan