KUALA LUMPUR: Seramai 1,000 anak kelahiran baharu veteran Angkatan Tentera Malaysia yang lahir pada 2022 akan menerima sumbangan sebanyak RM1,000 setiap seorang dalam bentuk akaun Simpanan SSPN Prime dengan dana keseluruhan berjumlah RM1 juta.
Dana berkenaan disumbang Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (YVATM) melalui Program Insentif Simpanan Anak Veteran ATM, program baharu hasil kerjasama strategik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan YVATM yang dimeterai melalui Memorandum Persefahaman (MoU) hari ini.
Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata YVATM juga memberikan sumbangan berjumlah RM215,500 kepada 431 anak veteran ATM melalui Program Insentif Kecemerlangan SPM 2021.
"Setiap pelajar akan menerima sumbangan dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime berjumlah RM500. Tahniah kepada YVATM atas inisiatif penabungan ini," katanya dalam ucapan pada majlis menandatangani MoU berkenaan hari ini.
Majlis MoU itu disempurnakan Ahmad Dasuki dan Ketua Pegawai Eksekutif YVATM Mejar Jeneral Zambery Jefry Darus, disaksikan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Muez Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Seri Abdul Razak Jaafar.
Ahmad Dasuki berkata bagi menyokong kerjasama ini, PTPTN juga prihatin untuk memberikan sumbangan dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime berjumlah RM50,000 juga di bawah program baharu, Program Dermasiswa Anak Anggota Dan Veteran ATM.
"Sumbangan ini akan diberikan kepada 500 anak anggota dan veteran ATM yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Tun Abdul Razak. Diharapkan dengan sumbangan ini membantu meringankan beban pelajar di samping menggalakkan penabungan di usia muda," katanya.
Menurutnya, kerjasama antara PTPTN dan YVATM sangat signifikan dalam memaksimumkan fungsi dan peranan kedua-dua agensi agar dapat dimanfaatkan untuk kepentingan masyarakat, terutama dalam penabungan untuk pendidikan tinggi.
"Justeru, kerjasama dengan YVATM sangat dialu-alukan sebagai landasan terbaik untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penabungan serta menghargai pengorbanan dan sumbangan veteran tentera yang banyak berjasa dalam menjaga keselamatan negara," katanya.
Sementara itu, Zambery Jefry yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia berkata objektif utama sumbangan dana bernilai RM1 juta berkenaan adalah bagi memastikan anak kelahiran baharu mempunyai simpanan pendidikan untuk digunakan selepas usia 18 tahun.
"Insya-Allah program ini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang," katanya.
Beliau berkata PTPTN juga telah memperuntukkan sejumlah dana kepada YVATM bagi tujuan pelaksanaan aktiviti lain seperti program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang menjurus kepada kebajikan veteran ATM dan keluarga yang memerlukan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 12 2023
Dana berkenaan disumbang Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (YVATM) melalui Program Insentif Simpanan Anak Veteran ATM, program baharu hasil kerjasama strategik PTPTN dan YVATM yang dimeterai melalui MoU hari ini. - Foto Facebook JHEV ATM
Tesla mula jual robot Optimus menjelang akhir tahun depan - Elon Musk
Beberapa syarikat telah mempertaruhkan robot humanoid untuk penuhi potensi kekurangan tenaga kerja dan melaksanakan tugas berulang.
Cedera terkena letupan, padah tendang bendera Palestin
Letupan kuat dan asap tebal memenuhi lokasi tersebut sejurus dia menendang bendera Palestin yang dipasang di tengah kawasan padang rumput.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, pada 14 April lalu akan didakwa di Mahkamah Kota Bharu pada Rabu.
Anak veteran ATM lahir 2022 terima RM1,000 akaun Simpanan SSPN Prime
Seramai 1,000 anak kelahiran baharu veteran Angkatan Tentera Malaysia yang lahir pada 2022 akan menerima sumbangan sebanyak RM1,000 setiap seorang dalam bentuk akaun Simpanan SSPN Prime.