awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak Zulkifli Al-Bakri meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
02/10/2022
03:20 MYT
Anak Zulkifli Al-Bakri meninggal dunia
Menurut Zulkifli dalam hantaran di laman sosial, Hammad Zulkifli menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.22 pagi tadi di sisi keluarga. - Foto Instagram/Zulkifli Mohamad Al-Bakri
KUALA LUMPUR: Anak kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri meninggal dunia pada awal pagi Sabtu.
Menurut Zulkifli dalam hantaran di laman sosial, Hammad, 22 tahun, menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.22 pagi tadi di sisi keluarga.
"Air mata deras mengalir menyaksikan sendiri Hammad menghembuskan nafas terakhir di sisi Abah. Abah sekeluarga sejujurnya amat sedih atas perpisahan ini.
"Jutaan terima kasih kepada semua yang banyak membantu kami menguruskan Hammad daripada awal, sehinggalah ke liang lahad.
"Bagi pihak keluarga, saya memohon maaf sekiranya ada salah dan silap di pihak anakanda saya, Hammad," katanya dalam kemas kini tersebut, hari ini.
Jelas beliau lagi, solat jenazah dilaksanakan di Kompleks Islam Tuanku Muhriz, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekitar pukul 9.45 pagi tadi.
Sementara itu, pentadbir laman Twitter Zulkifli menafikan dakwaan bahawa Allahyarham Hammad meninggal dunia akibat vaksinasi.
"Beliau tidak meninggal dunia kerana divaksin. Harap maklum," tulis hantaran tersebut.
[ADMIN] Beliau tidak meninggal dunia kerana divaksin. Harap maklum. pic.twitter.com/cDptXvFvqA
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) October 1, 2022
Dalam perkembangan sama, Zulkifli berkata program Jalsah ‘Ilmiyyah yang dikendalikannya pada pagi Ahad, diteruskan seperti biasa sebelum solat jenazah anaknya.
Sementara itu, dalam hantaran berasingan di Facebook, Zulkifli memberitahu, Hammad meninggal dunia kerana mengalami kanser 'right soft tissue sarcoma' tahap empat ke lima.
Assalamualaikum. Jalsah Ilmiyyah pada pagi ini jam 9 pagi diteruskan seperti biasa sebelum solat jenazah anakanda saya pada jam 9.45 pagi. Kemuliaan ilmu tidak ada galang gantinya.
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) October 2, 2022
Topic Berkaitan
#Hammad Zulkifli
#Zulkifli Mohamad Al-Bakri
#meninggal dunia
#USIM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan