awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
Tengku Muhammad Fauzi terajui Markas Angkatan Bersama, Zahani dilantik CEO MiDAS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Analisis ketulenan, pensahihan produk import perlu berkala, mengejut - Pakar

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
29/12/2020
03:25 MYT
Analisis ketulenan, pensahihan produk import perlu berkala, mengejut - Pakar
Selain kajian ketulenan secara saintifik, sikap telus dalam kalangan mereka yang diberi kuasa turut menjadi antara perkara penting yang perlu dititikberatkan. - Foto Fail/REUTERS
KUALA LUMPUR:Analisis ketulenan dan pensahihan produk terutama dari luar negara perlu dilakukan secara berkala dan mengejut bagi mengelakkan isu seperti kartel daging haram yang berlaku kini berulang.
Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr Mohd Nasir Mohd Desa menegaskan dua perkara penting perlu menjadi asas pengurusan produk halal.
Selain kajian ketulenan secara saintifik, sikap telus dalam kalangan mereka yang diberi kuasa turut menjadi antara perkara penting yang perlu dititikberatkan.
"Ketulenan boleh dibuat (secara saintifik) sebagai satu proses untuk memastikan sesuatu barang mentah itu adalah asli.
"Jika kita mahu memastikan perkara itu berjalan dengan betul juga memerlukan satu pengawasan daripada tenaga manusia.
"Dua sistem ini amat penting...kalau hendak bergantung kepada ketulenan sahaja, saya rasa ia mungkin tidak mencukupi.
"Kita perlu satu sistem di mana kita perlukan ketelusan dari segi kemanusiaan itu sendiri...dibuat mengikut cara yang betul," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Mengulas berkenaan ujian pensampelan produk secara berkala, Dr Mohd Nasir berkata terdapat beberapa kekangan yang perlu diatasi terutama melibatkan agensi kerajaan.
"Kalau kita nak buat secara berkala, kekerapan itu kita kena tentukan sebab perkara ini melibatkan kos yang tinggi...sejauh mana kita hendak buat pensampelan.
"Dari segi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), mereka tidak cukup kakitangan. Kita nampak agensi lain pun tidak cukup kakitangan.
"Jadi kalau nak buat audit dalam kekerapan tertentu, ia perlu bergantung kepada kakitangan yang mereka ada," ujarnya.
Tambahnnya, IPPH telah membangunkan pelbagai kaedah berkait identifikasi, ketulenan dan pensahihan produk.
Justeru, beliau melihat telah tiba masanya untuk kerajaan memandang serius menangani isu berkait produk import yang diragui status halalnya.
Topic Berkaitan
#kartel daging
#Halal
#Institut Penyelidikan Produk Halal
#UPM
#Universiti Putra Malaysia
#produk import halal
#kesahihan halal produk
#Dr Mohd Nasir Mohd Desa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan