awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ancaman bom palsu: Polis selesai rakam keterangan Menteri MOTAC

Astro Awani
Astro Awani
06/06/2024
06:29 MYT
Ancaman bom palsu: Polis selesai rakam keterangan Menteri MOTAC
Semalam, Unit Pemusnah Bom menjalankan pemeriksaan dan mengesahkan ancaman bom yang diterima Ibu Pejabat MOTAC di Putrajaya, adalah palsu. - Foto Astro AWANI
PUTRAJAYA: Polis telah selesai merakam keterangan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing hari ini bagi membantu siasatan berkaitan ancaman bom palsu semalam.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Putrajaya, A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi sebentar tadi.
Sebelum itu, beliau dilapor berkata pihaknya juga telah merakam keterangan beberapa saksi bagi membantu siasatan.
"(Polis sudah selesai) merakam keterangan menteri," katanya ringkas, hari ini.
BACA: Bangunan MOTAC terima ancaman bom, kakitangan diarah kosongkan bangunan
Semalam, media melaporkan polis mengesahkan bungkusan yang dialamatkan kepada menteri berkenaan adalah sebagai ancaman bom palsu.
Asmadi berkata, ia selepas Unit Pemusnah Bom menjalankan pemeriksaan menggunakan dua ekor anjing pengesan dan teknologi untuk mengesahkan perkara tersebut.
Ujarnya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), bungkusan berisi bahan letupan menyerupai bom itu dihantar menerusi syarikat kurier pada jam 11.19 pagi semalam.
Bungkusan tersebut diambil dan dibawa naik ke tingkat 14 pada jam 2.45 petang dan apabila dibuka didapati ia diletakkan bersama paip polyvinyl chloride (PVC), wayar dan 'timer'.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Letupan dan Bahan Api 1957.
Topic Berkaitan
#Polis Daerah Putrajaya
#ancaman bom palsu
#MOTAC
#Tiong King Sing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan