awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Felda komited perkukuh transformasi sektor perladangan
MALAYSIA
[TERKINI] Kemalangan bas UPSI: Pemandu bas ditahan
MALAYSIA
Peniaga didenda RM3,000 menyamar anggota Imigresen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Bangunan MOTAC terima ancaman bom, kakitangan diarah kosongkan bangunan

Astro Awani
Astro Awani
05/06/2024
07:58 MYT
Bangunan MOTAC terima ancaman bom, kakitangan diarah kosongkan bangunan
Difahamkan, pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah berada di lokasi kejadian. - Sumber foto Astro AWANI
PUTRAJAYA: Kakitangan dan pelawat di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di sini dilapor telah diarah mengosongkan bangunan tersebut sekitar jam 3.40 petang.

Ringkasan AI
  • Kakitangan dan pelawat di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) diarah untuk mengosongkan bangunan sekitar jam 3.40 petang susulan ancaman bom di tingkat 14 bangunan tersebut.
  • Bungkusan yang dipercayai mengandungi bom itu telah dihantar menggunakan perkhidmatan penghantaran.
  • Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Unit Pemusnah Bom dilapor telah berada di lokasi kejadian.

Tindakan tersebut didakwa susulan wujud ancaman bom di tingkat 14 bangunan tersebut.
Insiden berkenaan turut dikongsi oleh Penolong Kanan Naib Presiden, Kandungan Berjenama, Astro AWANI, Zaiful Mohd Ariffin yang berada di lokasi kejadian bagi menghadiri satu mesyuarat.
Menurut Zaiful, difahamkan bungkusan tersebut telah dihantar menggunakan perkhidmatan penghantaran.
"Kakitangan kementerian telah melihat bungkusan berkenaan dan ia dilihat seperti bom. Ketika ini kita masih belum tahu mengenai bungkusan tersebut.
"Tetapi sebagai langkah keselamatan, kakitangan telah diarahkan untuk mengosongkan bangunan," katanya.
Difahamkan, pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Unit Pemusnah Bom telah berada di lokasi kejadian.
Astro AWANI sedang mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Topic Berkaitan
#ancaman bom
#Bangunan MOTAC
#ancaman bom di MOTAC
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami