PETALING JAYA: Ancaman serangan siber di Malaysia dijangka terus meningkat pada 2024 membabitkan organisasi yang berurusan dengan data peribadi dalam industri kewangan dan telekomunikasi, menurut firma keselamatan siber global, Kaspersky.
Firma itu mendedahkan bahawa pada 2023, sistem pengesanannya telah menyekat 26.85 juta serangan 'bawaan Internet' di Malaysia, mewakili 74,000 serangan setiap hari.
Dalam kes 'jangkitan tempatan', sistem pengesanan Kaspersky menghalang 22 juta ancaman di negara itu, yang diterjemahkan kepada 60,000 serangan setiap hari.
Pengurus Besar Kaspersky Asia Tenggara, Yeo Siang Tiong berkata kecanggihan setiap serangan telah meningkat sejak beberapa tahun lalu malah sistem pengendalian yang paling selamat boleh terjejas.
"Memandangkan pelaku ancaman berterusan termaju (APT) sentiasa mengembangkan taktik mereka dan mencari kelemahan baharu untuk dieksploitasi, perniagaan sewajarnya mengutamakan keselamatan sistem mereka.
"Ini melibatkan penyediaan kakitangan serta pasukan alat teknikal terkini bagi mengenali serta bertahan dengan berkesan terhadap potensi ancaman selain pemulihan insiden yang tepat pada masanya," katanya pada sidang media hari ini mengenai landskap ancaman siber Malaysia untuk 2024.
Kaspersky pada Selasa secara rasmi melancarkan penyelesaian perisian bersepadunya yang merangkumi satu set fungsi untuk pemantauan serta pengurusan acara - 'Kaspersky Unified Monitoring and Analysis Platform' (KUMA) bagi membantu perniagaan dan organisasi kekal selamat di alam siber sambil menerima kemajuan pendigitalan.
KUMA memperkasakan pasukan keselamatan siber dalam mengesan, menyiasat dan bertindak balas terhadap insiden siber yang kompleks dengan pendekatan keupayaan pengesanan serta tindak balas lanjutan (XDR).
Organisasi dengan saiz yang berbeza dan kematangan boleh menggunakan KUMA untuk menerima acara keselamatan daripada pelbagai sumber pihak ketiga termasuk alat keselamatan sambil mengaitkan peristiwa tersebut dengan suapan risikan ancaman kontekstual bagi mengenal pasti aktiviti atau anomali yang mencurigakan, sekali gus memberikan pemberitahuan insiden keselamatan yang tepat pada masa.
"Dengan mengumpulkan peristiwa keselamatan daripada semua kawalan keselamatan dan mengaitkannya dalam masa nyata dengan analitik termaju, KUMA merumuskan semua maklumat yang diperlukan untuk siasatan dan tindak balas insiden selanjutnya.
"Oleh itu, penggunaan KUMA akan membantu organisasi memperoleh cerapan termasuk risikan dengan menyediakan keterlihatan dan konteks yang diperlukan untuk memahami postur serta risiko keselamatan mereka," kata Ketua Kejuruteraan Sistem Kaspersky Asia Tenggara Victor Chu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2024
Ancaman serangan siber di Malaysia dijangka terus meningkat pada 2024 membabitkan organisasi yang berurusan dengan data peribadi dalam industri kewangan dan telekomunikasi. - Foto fail
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Bukan hanya Apple, 'spyware' juga beri risiko kepada pengguna Android
Teknologi yang diguna pakai bagi pembangunan 'spyware' bukanlah seperti virus biasa, yang mampu disekat oleh aplikasi antivirus.
NC4 beri amaran ancaman serangan siber terhadap pengguna Apple
NC4 dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, kesan pencerobohan itu akan membawa kepada pencurian informasi serta kerugian kewangan.
Microsoft dipersalahkan dalam serangan siber penggodam China
Serangan siber ini dipercayai sepatutnya tidak berlaku dan boleh dihalang. Namun begitu kegagalan sekuriti oleh Microsoft menjadi penyebab insiden ini berlaku.
Malaysia terima 3,000 serangan siber setiap hari - Mohamed Khaled
Sistem pertahanan negara menerima kira-kira 3,000 serangan siber setiap hari khususnya selepas Malaysia menyatakan sokongan terhadap Palestin, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Hanya dua peratus syarikat Malaysia sedia hadapi serangan siber - Cisco
Kos yang terpaksa ditanggung akibat kegagalan menghadapi serangan siber agak tinggi, dengan anggaran sekitar AS$300,000 (RM1.4 juta).
Penubuhan JKSN di bawah RUU Keselamatan Siber perlu untuk tangani isu keselamatan
Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) di bawah Rang Undang-undang Keselamatan Siber 2024 adalah perlu.
NACSA kesan peningkatan insiden keselamatan siber
Pelaku menyasarkan laman sesawang, sistem dalam talian, rangkaian dan aplikasi milik organisasi swasta serta kerajaan di Malaysia.
Serangan siber: JPDP sahkan tiada ketirisan data peribadi Maxis
Jabatan Perlindungan Data Peribadi sahkan tiada sebarang ketirisan data peribadi berlaku susulan dakwaan serangan siber terhadap Maxis.
Microsoft dakwa sistem, kod sumber dalaman diakses penggodam Rusia
Microsoft Mengatakan Penggodam Rusia Mengakses Sistem Dan Kod Sumber Dalaman