awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ancaman siber: Kementerian Pertahanan teliti keperluan wujud angkatan siber khusus

Bernama
Bernama
24/03/2025
07:10 MYT
Ancaman siber: Kementerian Pertahanan teliti keperluan wujud angkatan siber khusus
Mohamed Khaled berkata angkatan itu akan dilengkapi dengan kepakaran teknikal tinggi dalam bidang seperti Cyber Threat Intelligence, Incident Response, Digital Forensics serta Active Cyber Defence. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Dalam usaha mempercepat pemodenan ketenteraan bagi menghadapi ancaman tidak dijangka, Kementerian Pertahanan sedang meneliti keperluan mewujudkan angkatan siber khusus yang berkeupayaan menangani ancaman siber dan kempen maklumat salah.
Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata angkatan itu akan dilengkapi dengan kepakaran teknikal tinggi dalam bidang seperti Cyber Threat Intelligence, Incident Response, Digital Forensics serta Active Cyber Defence.
"Keupayaan ini membolehkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan sahaja bertindak balas terhadap serangan siber tetapi juga menghalang dan meneutralkan ancaman sebelum ia memberi kesan terhadap operasi ketenteraan dan keselamatan negara," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Senator Amir Md Ghazali yang ingin mengetahui adakah kerajaan mempertimbangkan untuk meningkatkan bajet pertahanan atau mempercepat pemodenan ketenteraan dalam menghadapi ancaman tidak dijangka.
Khaled berkata Kementerian Pertahanan melalui Kertas Putih Pertahanan telah menetapkan hala tuju bagi menjadikan ATM sebagai angkatan masa hadapan yang lebih bersepadu, tangkas dan berfokus menjelang 2030.
Beliau berkata ini termasuklah dalam menghadapi ancaman yang tidak dijangka iaitu ancaman keselamatan yang berlaku secara tiba-tiba dan sukar diramal, termasuk serangan siber, peperangan hibrid, serangan pengganas, penggunaan dron dalam peperangan, bencana alam dan konflik serantau.
"Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan Negara turut menyenaraikan bidang fokus yang kritikal untuk diteroka dan diberikan perhatian agar sektor pertahanan negara berupaya berhadapan dengan perkara seperti Cyber Warfare, Unmanned Warfare, Drone Warfare dan kimia, biologi, radiologi dan nuklear atau CBRN Warfare," katanya.
Mohamed Khaled berkata pelaksanaan penggal kedua Kertas Putih Pertahanan, khususnya dalam konteks bajet dan perbelanjaan pertahanan, kementerian akan mencadangkan peruntukkan perbelanjaan pertahanan negara diunjurkan 1.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030 bagi memastikan kejayaan pelaksanaannya.
"Untuk maklumat, kita kini memperuntukkan kira-kira 1.1 peratus daripada KDNK negara untuk tujuan pertahanan. Cadangan meningkatkan perbelanjaan pertahanan ini seiring dengan pendekatan negara jiran yang memberi keutamaan tinggi kepada sektor pertahanan bagi melindungi kepentingan negara yang berdepan cabaran semakin kompleks pada masa kini dan masa hadapan.
"Kerajaan sentiasa prihatin terhadap keselamatan dan kedaulatan negara, terutamanya dalam menghadapi ancaman yang semakin kompleks dan dinamik dan dalam hal ini, kerajaan sentiasa menimbangkan untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mindef
#angkatan siber
#ancaman siber
#serangan siber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan