awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggaran 310,000 golongan homoseksual belum muktamad - Pegawai JAKIM

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
30/10/2018
09:41 MYT
Anggaran 310,000 golongan homoseksual belum muktamad - Pegawai JAKIM
Anggaran 310,000 golongan gay belum muktamad oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, ujar Penolong Pengarah (Kanan), Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dr Mohd Izwan Md Yusof. Gambar Facebook
Anggaran 310,000 golongan homoseksual belum muktamad oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, ujar Penolong Pengarah (Kanan), Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dr Mohd Izwan Md Yusof.
Penjelasan itu dibuat beliau bagi menjelaskan kenyataannya yang mendedahkan angka berkenaan dalam satu majlis di Pulau Pinang semalam.
"Merujuk kepada kenyataan saya semalam berkenaan anggaran populasi golongan homoseksual di negara ini seramai 310,000 adalah angka belum muktamad oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagaimana yang dipetik," katanya dalam entri di laman Facebooknya hari ini.
Kata beliau lagi, JAKIM komited untuk terus melakukan usaha penerangan dan bimbingan melalui seminar dan program Mukhayyam dalam memberikan intervensi kerohanian kepada komuniti LGBT yang ingin mendapatkan bimbingan.
Pada masa sama, JAKIM menyeru kepada masyarakat agar sama-sama mengukuhkan institusi kekeluargaan dan memantau perilaku anak-anak agar diberikan didikan dan penghayatan agama sebaik mungkin.
"Homoseksual menurut definisi oleh Blanch Consulting, adalah seorang lelaki atau perempuan yang tertarik sesama jenis daripada sudut seksual, romantik dan fizikal.
"Sehubungan itu, seseorang yang dilabel gay, tidak semestinya telah melakukan hubungan sesama jenis samada homoseksual atau liwat. Golongan ini baru dianggap memiliki tarikan sama jantina," tambah beliau.
Topic Berkaitan
#gay
#Islam
#JAKIM
#keluarga
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#lelaki
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan