awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggaran hasil Selangor diunjur sebanyak RM2.35 bln pada 2025 - Menteri Besar

Bernama
Bernama
15/11/2024
23:00 MYT
Anggaran hasil Selangor diunjur sebanyak RM2.35 bln pada 2025  - Menteri Besar
Amirudin ketika sesi pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2025 di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam, 15 Nov 2024. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Anggaran hasil negeri Selangor diunjur sebanyak RM2.35 billion bagi tahun 2025, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata anggaran itu menunjukan peningkatan sebanyak RM150 juta daripada anggaran tahun 2024 iaitu RM2.2 billion.
"Setakat November 2024, Selangor telah mencatatkan hasil sebanyak RM2.4 billion," katanya pada sidang media, di sini semalam.
Amirudin berkata hasil tahun depan akan dipacu oleh rancangan baharu negeri bagi Dasar Pelepasan Sifar (ZDP) dan Prinsip Pencemar Membayar (PPP).
"Kami berjaya mengadakan rancangan baharu dengan ZDP dan PPP yang boleh menyumbang lebih RM72 juta hingga RM80 juta kepada pendapatan Selangor," katanya.
Terdahulu, Amirudin ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2025 di Dewan Negeri Selangor mengumumkan bahawa Selangor telah mencatatkan pengukuhan dari segi kedudukan kewangan pada tahun 2024 dengan jumlah Kumpulan Wang Disatukan mencecah RM4.365 bilion, peningkatan sebanyak RM751.46 juta daripada RM3.614 bilion tahun lepas.
Beliau berkata prestasi cemerlang kerajaan negeri dicatatkan menerusi kutipan hasil sebanyak RM2.43 bilion bersamaan dengan 110.43 peratus berbanding anggaran hasil 2024 sebanyak RM2.2 bilion setakat 13 Nov, lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#hasil negeri Selangor
#Belanjawan Selangor 2025
#kedudukan kewangan Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan