SHAH ALAM: Seorang anggota bomba mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM3,000 tahun lepas.
Mohd Nor Abdullah, 38, didakwa melakukan perbuatan itu sebagai dorongan baginya sebagai penolong penguasa bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang Zon 3 untuk mendapatkan sokongan daripada pihak bomba bagi mendapatkan lesen perniagaan daripada Majlis Perbandaran Klang kepada sebuah syarikat.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang Zon 3, Pelabuhan Klang pada 30 Nov 2021 dan 1 Dis 2021.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 16(a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Hakim Rasyihah Ghazali membenarkan Mohd Nor diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkannya melaporkan diri setiap bulan di pejabat SPRM Selangor selain tidak dibenarkan memohon atau memperbaharui pasport dan menetapkan 29 Nov ini untuk sebutan semula kes.
Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Selangor, Mohd Aliff Shaharuzaman manakala tertuduh diwakili peguam P.G. Cyril. - BERNAMA
Bernama
Thu Oct 27 2022
Seorang anggota bomba mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM3,000 tahun lepas.
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Tanah jerlus Masjid India: Selaman ke lokasi objek tersekat berdepan kesukaran
Dua anggota bomba berdepan situasi mendebarkan ketika melakukan selaman awal pagi ini bagi mencari wanita warga India yang hilang.
Bomba Turkiye bergelut dengan kebakaran hutan di tengah-tengah angin kencang
Anggota bomba Turkiye sedang bergelut dalam memadamkan beberapa kebakaran hutan pada Ahad, dengan angin kencang menyukarkan usaha mereka.
Kedai perabot di Sungai Siput musnah terbakar, seorang anggota bomba cedera
Kebakaran melibatkan bahagian dalam bangunan tersebut yang mengandungi kelengkapan rumah seperti almari, sofa, katil dan tilam.
Anggota bomba wajib pakai PFD ketika selenggara bot
Anggota bomba yang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan aset bot diwajibkan memakai peranti pengapungan peribadi (PFD) berkuat kuasa serta-merta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 23 Februari 2024.
Usaha cari anggota bomba hilang ketika selenggara bot hadapi pelbagai cabaran
Operasi dilakukan secara besar-besaran pagi ini membabitkan jarak satu kilometer ke hilir dan 500 meter ke hulu dari lokasi Mohd Izwan Illias, 42, dilaporkan hilang semalam.
Kereta jatuh bangunan, pemandu nyaris maut
Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan dekat Setia Alam di sini pada Sabtu.
Tiga helikopter bantu operasi menyelamat mangsa banjir Pantai Timur - KP JBPM
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyediakan tiga helikopter untuk membantu operasi menyelamat mangsa banjir di Pantai Timur susulan keadaan banjir yang semakin buruk.
Anggota bomba, pengawal keselamatan maut nahas jalan raya
Kemalangan itu melibatkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang anggota bomba terbabit dan basikal.
Anggota bomba cederakan ibu saudara dipenjara tiga bulan
Seorang anggota bomba dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mencederakan ibu saudaranya, dua tahun lepas.