awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota bomba pujuk lelaki cuba kerat tangan sendiri

Aida Aziz
Aida Aziz
04/11/2019
00:34 MYT
Anggota bomba pujuk lelaki cuba kerat tangan sendiri
Mangsa telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. - Foto JBPM Perak
Seorang lelaki cedera akibat cubaan membunuh diri dengan mengerat tangannya sendiri di rumahnya, di Laluan Pusing Saujana, di sini, hari ini.
Mangsa, berumur dalam lingkungan 46 tahun, berjaya diselamatkan anggota bomba yang menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada pukul 5.52 pagi.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah, dengan bantuan dari Pasir Puteh, bergegas ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi, bomba mendapati terdapat seorang mangsa berbangsa Cina dalam cubaan untuk membunuh diri dengan mengerat tangannya dengan pisau di dalam rumah.
"Bagaimanapun, anggota bomba yang ada di lokasi berjaya memujuk mangsa dan membawanya ke hospital untuk tindakan rawatan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba Azmil Kamaluddin itu tamat pada pukul 7.03 pagi.

Orang ramai dialu-alukan membuat aduan sekiranya berhadapan masalah ketidakstabilan emosi.

 Mereka boleh berkongsi masalah atau dilema yang dihadapi dengan para sukarelawan terlatih di Befrienders. Befrienders ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri. Befrienders boleh dihubungi di talian 03-7956 8145/8144 atau e-mel kepada [email protected] untuk bantuan. Panggilan adalah percuma bermula 1 Ogos 2019. 

Topic Berkaitan
#Batu Gajah
#Befrienders
#bomba
#bunuh diri
#cedera
#cuba bunuh diri
#JBPM Perak
#kerat tangan
#mangsa
#Pasir Puteh
#pisau
#pujuk
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan