awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: JDT buka tirai tahun 2026 tewaskan Selangor
Polis kenal pasti 16 lagi mangsa kebakaran bar di Crans-Montana
Bekas jurulatih NFDP keluar bukan kosong, tetap boleh bantu perkembangan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota bomba Terengganu selesai terima dos penggalak COVID-19 Disember ini

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
29/11/2021
00:29 MYT
Anggota bomba Terengganu selesai terima dos penggalak COVID-19 Disember ini
Setakat ini kira-kira 25 peratus daripada mereka telah menerima suntikan dos ketiga tersebut. - Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Kira-kira 700 pegawai dan anggota bomba di Terengganu khususnya yang terlibat dalam tugasan pengurusan bencana banjir dijangka selesai menerima dos penggalak vaksin COVID-19 menjelang Disember ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu, Md Hilman Abd Rashid berkata, setakat ini kira-kira 25 peratus daripada mereka telah menerima suntikan dos ketiga tersebut.
Katanya dos penggalak itu penting kepada kakitangan JBPM terutama mereka yang terbabit dalam operasi menyelamat dan memindahkan mangsa bencana dan sebagainya.
"Tujuan ini adalah kerana kita akan berdepan dengan keadaan tengkujuh ini dan kita telah memasuki fasa yang pertama diikuti fasa kedua.
"InsyaAllah kerajaan akan beri keutamaan kepada petugas barisan hadapan bagi menghadapi pandemik ini," katanya.
Beliau berkata, bertugas dalam keadaan negara dilanda wabak COVID-19 sememangnya mencabar termasuk ketika menguruskan mangsa banjir.
Justeru itu pihaknya sentiasa peka dan mengambil berat berhubung aspek pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang menjalankan tugas.
Sementara itu Md Hilman berkata seramai 100 pegawai dan anggotanya telah dijangkiti COVID-19 sejak pandemik itu melanda negara lebih setahun lalu.
Menerusi itu 88 daripada telah sembuh manakala 12 lagi masih menerima rawatan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#dos penggalak
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan