awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota dijangkiti COVID-19, Balai Polis Durian Tunggal ditutup empat hari

Bernama
Bernama
19/07/2021
09:02 MYT
Anggota dijangkiti COVID-19, Balai Polis Durian Tunggal ditutup empat hari
Beliau berkata segala urusan termasuk pengeluaran permit rentas daerah atau negeri boleh dilakukan di Balai Polis Rumbia, Balai Polis Gadek, Balai Polis Machap Baru atau mana-mana balai berhampiran. - Gambar fail
ALOR GAJAH: Balai Polis Durian Tunggal ditutup empat hari mulai 2 petang ini susulan beberapa anggota balai itu dijangkiti COVID-19, kata Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu.
Beliau berkata segala urusan termasuk pengeluaran permit rentas daerah atau negeri boleh dilakukan di Balai Polis Rumbia, Balai Polis Gadek, Balai Polis Machap Baru atau mana-mana balai berhampiran.
"Perkhidmatan polis kepada masyarakat di bawah pentadbiran Balai Polis Durian Tunggal seperti rondaan cegah jenayah tetap dijalankan seperti biasa melalui Kereta Peronda dan Unit Rondaan Bermotosikal serta elemen lain dalam Polis Diraja Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata masyarakat khususnya di bawah pentadbiran Balai Polis Durian Tunggal yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di talian 06-5564153 /06-5566573 yang dibuka 24 jam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#balai polis
#Durian Tunggal
#COVID-19
#Polis Diraja Malaysia
#Alor Gajah
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan