awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga reda terima berita kematian Nadia Kesuma
Serpihan dipercayai pesawat ATR 42‑500 hilang ditemui di Bukit Bulusaraung
Edits perkenal fungsi tambah pautan dalaman pada Reels
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota ESSCOM lepas tembakan amaran terhadap penyeludup

Bernama
Bernama
11/05/2014
09:07 MYT
Anggota ESSCOM lepas tembakan amaran terhadap penyeludup
Gambar Fail
Anggota pasukan keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) terpaksa melepaskan tembakan amaran selepas terserempak sebuah bot laju yang dinaiki tiga orang dalam keadaan mencurigakan sebelum menahan mereka berhampiran perairan Pulau Berhala, dekat sini semalam.
Ketua Pengarah ESScom Datuk Mohammad Mentek berkata kejadian itu berlaku semasa anggota keselamatan daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) menaiki dua bot sedang meronda di perairan antara Pulau Berhala dan Tanjung Aru terserempak sebuah bot laju menggunakan enjin 200 kuasa kuda pada kira-kira pukul 7.30 malam.
"Apabila bot laju yang dinaiki tiga lelaki yang disyaki penyeludup minyak petrol tiba-tiba terserempak dengan sebuah daripada bot anggota keselamatan di satu kawasan perairan di situ, keadaan (bot yang terumbang ambing) itu menyebabkan seorang daripada anggota kita tercampak ke laut dan cedera tangan kanan dan bahagian belakang pinggang.
"Anggota pasukan keselamatan kita dapat menahan bot suspek dan menangkap tiga lelaki tersebut dengan seorang daripada mereka mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Mohammad berkata selepas diperiksa, anggota pasukan keselamatan mendapati bot suspek dimuatkan 42 jeriken kosong. Bagaimanapun, tiada senjata dijumpai.
Beliau berkata maklumat awal menunjukkan ketiga-tiga suspek bergerak menaiki bot laju dari pulau Bangkungan Besar, Filipina ke Tanjung Aru, Sandakan pada kira-kira jam 6 petang.
"Suspek disyaki menyeludup minyak petrol dari Sandakan ke seberang (Bakungan Besar, wilayah Filipina) pada jam 4 petang dengan muatan sekitar lapan dram minyak petrol yang diisi dalam jeriken.
"Semasa kejadian suspek dalam perjalanan balik ke Sandakan setelah menyeludup keluar minyak tersebut," kata Mohammad sambil menambah dua daripada suspek itu berbangsa Suluk - seorang memiliki kad pengenalan berumur 54 tahun, manakala seorang lagi tidak mempunyai sebarang dokumen.
Topic Berkaitan
#ESSCom
#Sabah
#Sandakan
#selusup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan