Skip to main content

Dunia

Azerbaijan hantar bantuan kemanusiaan ke Iran atas arahan Presiden

81736572467_IlhamAliyev.jpg
Penghantaran bantuan kemanusiaan itu susulan perbualan telefon yang diadakan pada 8 Mac lepas antara Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev dan Presiden Iran Masoud Pezeshkian bagi menyokong keperluan semasa rakyat Iran. - Gambar fail

BAKU: Bantuan kemanusiaan telah dihantar ke Iran atas arahan Presiden Azerbaijan, lapor Agensi Berita Azerbaijan (AZERTAC).

Bantuan kemanusiaan itu diuruskan oleh agensi kerajaan Azerbaijan yang berkaitan dan dihantar bagi menyokong penduduk Iran yang terjejas akibat perkembangan terkini serta situasi kemanusiaan di negara berkenaan.

Advertisement

Bantuan itu mencerminkan solidariti dan sokongan Azerbaijan terhadap rakyat Iran dalam tempoh sukar ini.

Kargo bantuan kemanusiaan itu merangkumi hampir 30 tan produk makanan.

Menurut AZERTAC, penghantaran itu termasuk 10 tan tepung, enam tan beras, 2.4 tan gula, lebih empat tan air minuman, hampir 600 kilogram teh serta hampir dua tan ubat-ubatan dan bekalan perubatan.

Trak yang membawa bantuan kemanusiaan itu telah pun dihantar dan dijangka tiba di destinasi tidak lama lagi.

Penghantaran bantuan kemanusiaan itu susulan perbualan telefon yang diadakan pada 8 Mac lepas antara Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev dan Presiden Iran Masoud Pezeshkian bagi menyokong keperluan semasa rakyat Iran yang merupakan jiran serta sahabat Azerbaijan.

-- BERNAMA-AZERTAC

Must Watch Video