MALAYSIA
Anggota imigresen didakwa rompak warga Pakistan

Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Kuala Pilah pada Isnin. - Foto Sinar Harian
KUALA PILAH: Seorang anggota imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan merompak seorang warga Pakistan di Rembau pada 11 Julai lepas.
Ringkasan AI
- Mohd Nazrul Md Yassin, 38 tahun, mengaku tidak bersalah atas tuduhan merompak telefon bimbit, pasport, wang tunai RM440 dan baki eWallet TnG RM210 di Rembau.
- Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun.
- Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 14 Ogos untuk sebutan semula kes di Mahkamah Seksyen Kuala Pilah.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.
Majistret Yusna Khadijah Md Yusop tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 14 Ogos ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Seksyen Kuala Pilah.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Goh Hsiao Tung, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami